Hiburan By: Salma Syahbuddin September 27, 2018 @ 5:15pm

Walaupun Menderita Sakit, Hafiz Suip Terus Bangkit Demi Mentor 7

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip masih menderita masalah sakit slip disc nya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun, demi menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Mentor pada musim ke-7 ini, Hafiz masih perlu menjalani rawatan fisioterapi seperti biasa.

Baginya, menjalani rawatan mengikut jadual memberikan kesan yang besar terhadap aktiviti hariannya. Lebih-lebih lagi apabila beliau dipilih sebagai mentor untuk program realiti Mentor 7 yang akan disiarkan pada Oktober nanti.

Sumber : Instagram @hafizsuip

Terus bangkit menggalas tanggungjawab yang diberikan, Hafiz mengakui menjadikan rakan-rakannya seperti Akim, dan Hazama sebagai sumber rujukan beliau apabila diberikan peluang menjadi salah satu Mentor untuk musim ini.

” Selain menjadi tempat rujukan, Hazama dan Akim turut memberikan pelbagai tip kerana mereka sudah berpengalaman dalam program tersebut. Saya juga ada bertanya penyanyi senior, Misha Omar yang menggalas peranan sama dalam program Mentor Otai. Dan, mereka sangat positif malah, sentiasa memberi kata semangat supaya mengambil peluang keemasan ini. Selain mencari bakat pelapis, peluang itu juga dapat dimanfaatkan untuk saya mendalami ilmu dalam bidang penerbitan.”

“Sudah tiba masanya untuk saya terus melangkah ke fasa baru terutamanya melibatkan penerbitan lagu.” Katanya ketika ditemui semasa sesi uji bakat Mentor 7 di Sri Pentas baru-baru ini.

Ditanya siapakah agaknya tiga calon terbaik pilihan beliau, Hafiz berkongsi pengalamannya sepanjang dua hari sesi ujibakat dijalankan. Dan, menurut pemilik suara yang popular menerusi lagu Awan Nano ini, rata-rata calon yang hadir mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk memastikan mereka terpilih ke peringkat seterusnya.

“Saya menaruh harapan tinggi kerana mereka yang hadir adalah mereka yang berbakat besar. Dan saya juga mendapat tahu ada di antara peserta yang hadir terlebih dahulu mencuba nasib dalam sesi uji bakat sebelum ini, tetapi tidak terpilih dan kembali mempertaruhkan nasib mereka. Dan, semangat sebeginilah yang kita nak cari sebenarnya.” Tambahnya lagi.

Apapun, good luck Hafiz untuk Mentor 7! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Kekasih Lama Tagih Semula Cinta Che Puan Juliana Evans…

Wow! Beraninya kekasih lama datang semula kan?

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang, Selasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di […]

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Taylor Swift Revealed That She Didn’t Have Much Support From Pop “Community” When She First Started

Girls compete with each other, women empower one another. WE STAN! 

Featured Sun, 17 Apr 2022

Dem Lepak Boyz Lancar Single ‘Abang Datang’

Abang Datang hasil ciptaan komposer disegani iaitu Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves

Featured Tue, 13 Sep 2022

Artis Wanita Meningkat Naik Burukkan Nama Ayda Jebat – “Kalau Jumpa Memang Aku Tarik Rambut Kau!”

Adoii… dah 2022 pun masih ada yang dengki dengan kejayaan orang lain 😑

Hiburan Mon, 20 Jan 2020
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Tue, 9 Jul 2019