Asyik Jadi Mangsa Fitnah, Akhirnya Wan Maimunah…

Baru-baru ini, pelakon komedi terkenal tanahair, Wan Maimunah (66) meluahkan rasa kesal dan kecewanya kerana sering menjadi mangsa fitnah yang tidak berasas.

Terdahulu Wan Maimunah yang terkenal dengan watak Mak Usu dalam siri popular “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” tayangan TV3 suatu ketika dahulu pernah dikatakan telah meninggal ketika dirinya sedang sakit di hospital.

Terkini, ada individu yang tidak bertanggungjawab dikatakan menyamar sebagai Wan Maimunah dan membuka laman instagram palsu dan membuat kenyataan berkenaan isu dua usahawan kosmetik yang mempersendakan dirinya di dalam sebuah video.

“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan behubung gurauan mereka.  Akaun IG palsu itu memuatkan gambar kononnya saya bersedih apabila dihina dan dipermainkan. Sedangkan saya hanya ketawa melihat telatah mereka dalam video itu.  Saya tidak terasa, jauh sekali melihat video itu sebagai penghinaan.

“Saya tahu, mereka suka berseloroh…Tidak salah mereka melakonkan semula watak saya. Malah, saya bersyukur orang hebat seperti mereka mengingati saya. 

“Saya harap, kedua-duanya tidak bekecil hati.  Kenyataan yang dikeluarkan dalam laman instagram palsu itu bukan kata-kata saya,” katanya kepada Berita Harian. 

Menurut Wan Maimunah akaun instagram palsu ini diketahui wujud sejak tahun lalu tetapi walaupun sudah acap kali ditegur, dalang di sebalik akaun itu tidak menghiraukan tegurannya. 

“Tahu lalu, IG palsu itu memuatkan status kononnya saya terkilan apabila nama digugurkan daripada sebuah projek drama 24 episod, dengan alasan tidak sihat.  Sedangkan saya tidak pernah menerima tawaran seperti didakwa. Peminat pula mempercayai kononnya saya dianiaya pengarah dan syarikah produksi,” katanya lagi.

Artis yang pernah memenangi Artis Komedi Wanita Popular, ABPBH dari tahun 1992 hingga 1996 berkata walaupun dia tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab terhadap akaun instagram palsu itu tapi dia percaya ia mungkin orang yang rapat dengannya kerana status dan gaya bahasa yang digunakan mirip dengan cara perbualan pelakon itu sehingga ramai yang percaya bahawa akaun itu adalah miliknya.

Foto dari Berita Harian Online

Del14