Wany Hasrita Bintang Paling Popular 2018

Penyanyi Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nursyazwany Hasrita Hasbullah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2018.

Pelantun Menahan Rindu yang  dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Tajul tidak menyangka dengan kemenangan ini.

“ Saya sendiri terkejut. Mungkin nervous tu tak begitu ketara tadi di atas pentas tetapi saya memang tak sangka. Syukur Alhamdulillah atas sokongan padu peminat, terima kasih…ini hadiah untuk mereka,” katanya ketika ditemui di sidang media pemenang ABPBH 31, sebentar tadi.

Kemenangan gadis kelahiran Cheras ini menepati jangkaan ramai berdasarkan populariti luar biasa yang diperolehnya sepanjang tahun ini.

Selain anugerah tertinggi dengan undian sebanyak 2,052,997, Wany juga menewaskan calon lain iaitu Siti Nordiana, Nur Fazura, Stacy dan Ara.

Wany turut membawa pulang hadiah kereta Citroen C4 Picasso berharga RM126,000 berserta trofi.

Bekas penuntut jurusan perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam ini memilih gaya sederhana pada malam kemuncak ABPBH edisi ke-31, sebentar tadi. Tahniah Wany Hasrita! 

SGMS Faida