Warga PERAK, Jom Serbu MYDIN Parit Buntar Dalam Misi: Kembali Ke Sekolah Ejen Ali!

Berita baik buat warga Perak! Pada musim cuti persekolahan tahun ini, apa kata korang berkunjung ke MYDIN Parit Buntar sebab siri jelajah Ejen Ali ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan istimewa buat seisi keluarga!

Bermula 20 hingga 22 Disember, MYDIN Parit Buntar akan dimeriahkan dengan kempen Misi:Kembali Ke Sekolah dengan rakan kerjasama MYDIN dan PediaSure.

Cabaran Mini MATA Academy

Pengunjung berpeluang menyertai cabaran Mini MATA Academy dengan hanya berbelanja Rm30 bagi semua produk MYDIN. Penyertaan hanya akan dikira bagi setiap satu resit pembelian dan si cilik boleh menyahut cabaran ini dengan 5 kali pusingan. 

Sesi Temuramah Bersama Maskot Ejen Ali

Pengunjung berpeluang untuk menyertai sesi temu ramah bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia. Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu Ejen Ali dan Ejen Alicia di lokasi Mydin Parit Buntar dalam Misi: Kembali ke Sekolah!

Aktiviti Menarik 

Siri jelajah Ejen Ali yang berlangsung selama 3 hari ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merancakkan lagi hujung minggu si kecil seperti pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, slime making, kuiz happy hour bersama Carrie Bacbuster!

Nasi Lemak Ejen Ali

Oh ya! Jangan lupa untuk dapatkan menu istimewa yang cukup sinonim dengan karakter Ejen Ali iaitu nasi lemak tempoyak udang yang hanya terhad pada kempen kembali ke sekolah ini. Menu istimewa ini boleh didapati pada harga RM3.99 sahaja.

Apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk memeriahkan MYDIN Parit Buntar bermula 20 Disember sehingga 22 Disember ni tau, pada jam 11.00 pagi sehingga 8:30 malam sahaja!

Jumpa di sana!

 

Syafiqa Irdina