Categories: HiburanSelebriti

#tontonRAISHA2 : Fadlan Hazim Dedah Watak Pengarah Playboy Memang Benar Wujud

Memegang watak sebagai seorang playboy di dalam drama Raisha musim kedua, pelakon Fadlan Hazim memberitahu karakter yang dibawanya itu benar-benar wujud dalam industri seni.

Membawakan watak sebagai seorang pengarah ‘miang’, aktor berusia 26 tahun ini mengaku dia pernah berdepan dengan individu yang cuba menggatal dengan pelakon wanita terutama bakat-bakat baru.

“ Ini realiti di set. Saya tidak bermaksud semua pengarah lelaki gatal tetapi pernah terjadi di depan mata sendiri, pengarah yang cuba menggatal dengan pelakon wanita baru.

“ Kadang-kadang geram juga bila bekerja dengan pengarah lelaki yang miang, sudah tentu pelakon lelaki di anak tirikan. Fokus si pengarah pasti ke pelakon wanita yang cantik dan baru,” katanya ketika ditemui di Studio Serindit Sri Rampai, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam drama Raisha 2, Fadlan membawa watak sebagai Rashdan, seorang pengarah drama terkenal yang gemar mengambil kesempatan terhadap pelakon-pelakon wanita di set.

Ini juga merupakan kali pertama Fadlan menyertai keluarga Raisha. Sudah tentu persediaan perlu dilakukan sebelum masuk ke set.

“ Drama Raisha sudah ada pengikutnya sendiri. Sudah tentu penonton ada high expectation untuk musim kedua ini.

“ Tanggungjawab saya sudah tentu untuk menjadi ‘penambah rasa’ untuk musim terbaru ini. Saya akan pastikan watak Rashdan sebagai seorang playboy akan meninggalkan kesan di hati penonton,” katanya.

Biar playboy di kaca TV, tapi bukan di alam realiti ya Fadhlan!

Dalam perkembangan lain, Fadlan juga bakal masuk ke set penggambaran slot Akasia pada 21 Julai ini lakonan bersama Zul Ariffin dan Azira Shafinaz.

SGMS Faida