“It’s Not That Big” – Izara Aishah Jawab Isu Punggung Besar Dan Gebu

Sentiasa tampil cantik dan anggun dalam setiap persalinan, tidak hairanlah sekiranya Izara Aishah sering mendapat perhatian lensa kamera tiap kali menghadiri majlis atau acara melibatkan dirinya.

Baru-baru ini, Izara sekali lagi terpalit dengan isu kontroversi apabila netizen mula mempersoalkan bentuk punggungnya yang kelihatan besar dan begitu seksi. Sehingga ada yang melabel beliau menyuntik bahagian tersebut agar kelihatan gebu. Bagaimanapun, Izara dilihat menafikan kenyataan tersebut apabila tampil membuat penjelasan menerusi akaun twitter miliknya.

Pelakon yang popular menerusi drama Dia ini juga turut menyertakan gambar sebenar bentuk punggung beliau yang dikatakan “disuntik” itu bagi mengelakkan salah faham antara semua pihak.

Kesimpulannya, jika peminat mahupun netizen diluar sana  mengimpikan badan yang cantik dan mantap macam Izara Aishah ni kenalah bekerja keras sikit okay. Bak kata pepatah, “Beauty is pain.” Betul tak?

Salma Syahbuddin