Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 11, 2022 @ 8:35pm

#WhazzupNetizen: Neelofa Didakwa Riyak Kongsi Duit Raya Anak, Lucinta Luna Mahu Pindah KL & Penerbangan AirAsia Delayed

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1.Neelofa Didakwa Riyak Akibat Kongsi Duit Raya Bilal Berjumlah RM14,020

Nama pengacara, usahawan dan pelakon terkenal Neelofa sekali lagi menjadi perbualan hangat di serata media sosial, kali ini berkaitan sebuah perkongsiannya yang dianggap riyak oleh segelintir netizen.

Neelofa baru-baru ini berkongsi di akaun media sosial TikTok miliknya mengenai hasil kutipan duit raya putera sulungnya yang berjumlah RM14,020 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dek kerana itu, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menerima tohmahan bertubi-tubi oleh netizen, di mana rata-rata daripada mereka seakan ‘meluat’ melihat video tersebut.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, sebuah ciapan tular yang berbaur negatif terhadap pasangan sejoli itu.

Ramai dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan ciapan tersebut yang mengkritik dan menganggap Neelofa dan PU Riz bersikap riyak dalam menunjuk kemewahan anak.

Neelofa bagaimanapun tidak menyangka anakanda sulungnya itu menerima wang dalam jumlah yang besar dan menganggap perkara tersebut sebagai rezeki anaknya.

2. Lucinta Luna Pindah KL

Heboh di ruangan media sosial mengenai selebriti sensasi dari seberang Lucinta Luna yang menyatakan hasratnya untuk menetap di Kuala Lumpur telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen terutamanya dari Malaysia.

Difahamkan, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah, 32, sedang bercuti di Malaysia itu berkongsi momen berkunjung ke Bukit bintang dan pusat membeli-belah Pavilion.

Menerusi sebuah video yang kini telah mencecah lebih 3 juta tontonan, ramai dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju Lucinta pindah ke KL dan berpendapat bahawa cukuplah negara ini terkenal dengan Nur Sajat.

@lucintaluna12

Ratu mahu stay kat KL sahaja …

♬ original sound – I edit🤠👍🏾

Namun begitu, ada segelintir daripada mereka yang bersetuju jika Lucinta menetap di Malaysia yang dianggap akan menjadi hiburan berikutan usahawan kosmetik kontroversi itu sudah berpindah ke Australia.

Semasa keberadaannya di sini, Lucinta juga sempat berjumpa dan merakam video ketawa terbahak-bahak dengan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

@lucintaluna12

sekarang Ratu pun punya teman bestie di Kuala Lumpur @datoserividaofficial … happy sangat

♬ original sound – lucintaluna – lucintaluna

3. Penerbangan AirAsia ‘Delayed’ & Tiket Mahal

Semenjak akhir bulan lalu, beberapa aduan dan rungutan daripada pengguna yang tidak berpuas hati dengan perjadualan semula melibatkan penerbangan tambang murah AirAsia telah kecoh di ruangan media sosial.

Malah, sebuah ciapan mengenai penumpang AirAsia ‘disidai’ tular di Twitter di mana penerbangan yang sepatutnya berlepas pada jam 6:30 petang ‘delayed’ dan ditukarkan jadual sehingga tengah malam.

Tinjauan di ruangan balas ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen yang berang dengan syarikat penerbangan berikut kerana meraka turut berhadapan situasi yang sama.

Tidak cukup sampai disitu, segelintir netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka tidak mendapat sebarang ganti rugi setelah penerbangan dijadualkan.

Bagaimanapun, AirAsia tampil memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan yang dialami mereka atas penjadualan semula susulan peningkatan permintaan yang mendadak pada musim perayaan kali ini.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 May 2021

Berniqab Tetapi Tidak Memakai Pelitup Muka Tetap Salah -Ismail Sabri

Susulan tular kes selebriti yang berniqab tetapi tidak memakai pelitup muka baru baru ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata perkara tersebut tetap salah. Menurut beliau, di bawah akta 342, seseorang individy diwajibkan […]

Events Thu, 19 Jul 2018

Rancangan Muzik Misteri, I Can See Your Voice Malaysia, 4 Ogos Nanti!

Berkonsepkan rancangan asal Korea, I Can See Your Voice Malaysia, sebuah rancangan muzik misteri, akan muncul di kaca TV anda bermula 4 Ogos nanti!

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Netizen Tanya Rahsia Langsing, Apa Jawab Lufya Omar?

Amal cara tradisional jaga penampilan.

Trending Tue, 30 Jun 2020
Featured Wed, 20 Aug 2025
Events Wed, 14 Aug 2019

Lazada Malaysia Partners Up with KL Fashion Week for Its 2019’s Runway

Now getting designer brands got 100 times easier!

Featured Tue, 15 Oct 2024

Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim

Orang tu dah anggap Ina macam adik sendiri tau… Tak baik!

error: Content is protected !!