‘Who Wore It Better?’ Jadi Topik Hangat Di Twitter

Topik selebriti memakai busana yang sama bukanlah satu hal yang baru. Baik di kalangan artis antarabangsa, artis tempatan juga tak terlepas dalam hal ini.

Jika pada Julai lalu, baju Raya pengasuh Che Ta dikatakan sama dengan baju yang dipakai oleh pelakon Bella Dally dalam sebuah majlis sama, nampaknya Neelofa dan Fazura juga lalui hal yang sama.

Busana rekaan Innai Red ini mula menjadi bualan netizen sejak semalam apabila digayakan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2018) lalu.

Menerusi laman Instastory milik Fazura, pelakon jelita ini menulis ‘Mine Pleaseee?!!!’ pada gambar yang memaparkan model sedang berjalan dengan rekaan baju bermanik mewah itu.

Menariknya, pengacara Neelofa telah muncul dengan busana yang sama ketika sedang mengacarakan rancangan Meletop, malam tadi.

Apa lagi, netizen mulalah membuat perbandingan ‘Who wore it better’ di laman Twitter.

Bagi kami, tak penting siapa yang pakai lebih cantik atau sebagainya. Dua-dua selebriti ini memiliki kecantikan dan kelebihan masing-masing. Netizen, rasanya tak perlu bertekak okay?

SGMS Faida