Categories: Oh Lawa

Fesyen Untuk Hijabista Yang Aktif Bersukan, Kini Tiada Lagi Kekangan

Skeptikal wanita muslimah ketinggalan dalam berfesyen dan terbatas dalam melakukan aktiviti lasak, persepsi yang tidak lagi relevan untuk diguna pakai.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, fesyen Muslimah menjadi trend yang berkembang pesat malah menawarkan kepada wanita lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk mereka tampil ‘fashionable’.

Sehinggakan turut menarik minat pelbagai jenama antarabangsa terulung seperti Louis Vuitton menghasilkan rekaan bercirikan modest sesuai digayakan wanita muslimah.

Gelanggang arena sukan pula, Nike memperkenalkan pakaian sukan khusus untuk wanita berhijab. Koleksi yang dinamakan Nike Pro Hijab itu dilancarkan pada musim bunga yang lalu.

Foto: rollingstone

Pengumuman Nike tentang pelancaran ini nyata mengejutkan namun mendapat respon positif dari seluruh lapisan dunia dek kecaman terhadap negara Islam yang kini sedang berleluasa.

Memilih model muslimah, Halima Aden sebagai duta mereka, Pro Hijab akan direka dari fabrik poliester ringan yang bercirikan lubang-lubang halus untuk memberikan pengudaraan yang optimum. Ia didatangkan dalam rona gelap dan neutral.

Bagaimanapun, Nike bukanlah jenama sukan pertama yang memasarkan pakaian sukan Muslimah. Sebaliknya Capsters merupakan hijab mesra-sukan terawal yang diperkenalkan di pasaran.

Diinovasikan oleh seorang Muslimah dari Belanda yang pernah dihalau daripada pusat kecergasan oleh hanya kerana berhijab, Capsters kini menjadi pilihan utama wanita bertudung yang lasak bersukan.

Foto: FashionUnited

Fabrik ringan, berangin dan memeri Capsters menjadikan pemakainya selesa walaupun berpeluh. Menariknya, Capsters juga mencipta hijab sukan untuk acara-acara sukan air dan musim salji.

Kejayaan Capters memberi inspirasi kepada pengasas jenama Friniggi iaitu Fatima dari Botswana untuk mencipta pakaian sukan yang mempunyai rekaan cantik, sopan dan selesa untuk pemakainya.

Mu’mine Activewear, yang diperkenalkan pada tahun 2015 pula menarik minat lebih ramai wanita Muslim untuk terlibat dalam gaya hidup aktif tanpa berkompromi dengan kesopanan pakaian yang dipakai.

Foto: Mind of Mine

Mu’mine juga berpandangan jauh ke hadapan kerana telah menginovasikan fabrik berteknologi GO-dry™ dan Meryl® atau M-tech™.

Mu’mine mereka pakaian sukan yang bukan sahaja menutup aurat dan praktikal, malah turut memikirkan kelestarian alam sekitar dan budaya pemakainya dalam setiap rekaan mereka.

Satu lagi jenama adalah Burqini, yang cukup terkenal dengan pakaian mandi yang diberi nama Burkini, iaitu gabungan perkataan ‘burqa’ dan ‘bikini’.

Usah memandang rendah keupayaan jenama tempatan dalam menghasilkan helaian tudung yang bersesuaian dipakai ketika melakukan aktiviti lasak.

Foto: Carousell

Ariani mengorak langkah berani dengan memperkenalkan koleksi Ariani Active, TudungPeople dengan edisi Najwa Sports Shawl and Safaa, Amina Sports Hijab dan banyak lagi.

Jika mahu disebutkan satu-persatu jenama pakaian sukan muslimah, lambakannya terlalu banyak di pasaran.

Apa yang pasti dengan keselesaan dan variety yang ditawarkan, women and girls out there tidak perlu lagi gusar untuk melakukan aktiviti sihat terutamanya sukan lasak seperti mencabar diri anda menyertai kejohanan berbasikal C-Cycle Challenge.

Serlahkan kayuhan bergaya Hijabista pada acara yang berlangsung 23 September itu nanti dengan menyusuri laluan baru iaitu di Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor.

Foto: Instagram Tudung People

Acara anjuran New Straits Times (NST) dengan kerjasama EcoWorld ini bukan saja bertujuan untuk memupuk minat rakyat Malaysia terhadap sukan berbasikal, tapi juga untuk menyatukan mereka tak kira bangsa, agama serta usia.

Sambil-sambil memperoleh benefit yakni tubuh badan sihat dengan melakukan aktiviti ini, anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37,000 serta cabutan bertuah berjumlah RM49,000.

Foto: Hijab & Heels Archive

Menyingkap sejarah penganjuran C-Cycle Challenge, ia dilaksanakan buat pertama kalinya pada Mei tahun lalu di Eco Grandeur Puncak Alam dan disertai oleh seramai 1,000 orang dan penyertaan bertambah kepada 1,500 peserta tahun ini.

Jika berminat, anda boleh daftar dan buat pembayaran secara online di www.nst.com.my/c-cycle dari sekarang hingga 24 Ogos.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sanusi (010-3377566).

Setelah mendaftar, anda akan diminta untuk mengambil “cycling kit” anda 2 hari sebelum acara berlangsung.

Yanie Baharom