Categories: Trending

Victoria Beckham Kongsi Gambar Romantik Ketika Bercuti Di Bali Bersama Suaminya David

Pada awal tahun ini, mereka dikatakan sedang mengalami masalah rumah tangga.

Tapi Victoria Beckham dan suaminya David telah membuktikan yang hubungan mereka tetap kukuh sewaktu mereka sedang menikmati percutian yang romantik di Bali baru-baru ini.

Pasangan tersebut, walaupun mereka ditemani oleh 4 anak mereka, tetap berpeluang untuk berdua-duaan.

Ini telah dikongsikan sendiri oleh Victoria, yang memuat naik gambar katil mereka di mana kelopak-kelopak bunga telah disusun untuk membentuk abjad initial nama mereka.

Foto: Instagram Victoria Beckham

Wah, romantiknya! 

Tempat tinggal mewah

Victoria dan David, dengan anak mereka Brooklyn, 19, Romeo, 15, Cruz, 13 dan Harper, 7, difahamkan sedang menginap di resort mewah Nihi di sebuah pulau persendirian yang dikenali sebagai Pulau Sumba.

Resort ini menawarkan bilik-bilik yang bertemakan hutan tropika dan datang sekali dengan infinity pool. Harga penginapan semalam untuk sebilik? £5,000 (RM26,049)!

Walau bagaimanapun, penginapan keluarga Beckham yang mencecah harga £25,000 (RM130,245) ini telah ditawarkan kepada mereka secara percuma, menurut The Sun. Bertuahnya!

Foto: Jason Wolcott

Vila ini dinamakan Hotel Terbaik Di Dunia oleh portal Travel + Leisure pada tahun 2016 dan 2017. 

Resort yang terpencil ini mempunyai sebuah private beach sepanjang 2.5km, dikelilingi oleh 270 hektar hutan rimba dan berdepan dengan Pantai Nihiwatu di sepanjang Lautan Hindi.

Foto: Tânia Araújo

Keluarga Beckham ada berkongsi di Instagram gambar-gambar daripada pengalaman percutian mereka, termasuklah aktiviti renang di laut dan air terjun, serta makan malam yang mewah.

Foto: Instagram Victoria Beckham

Pengalaman seram

Walaupun mereka tengah relaks sekarang, percutian keluarga Beckham ini telah bermula dengan dramatik sekali. Mereka sudah ada di Indonesia ketika Lombok dilanda gempa bumi minggu lepas.

Ada sumber yang memberitahu The Sun: “Mereka semestinya merasai gegaran. Anak-anak Beckham sedikit terkejut tapi mereka semua okay.”

Sumber: DailyMail

Ad Ops