Alahai…Selena Gomez Masih Belum Move On?

Sukar untuk penyanyi terkenal Selena Gomez menerima kenyataan selepas percintaannya dengan Justin Bieber terlerai awal tahun ini.

Maklum saja, selepas lapan tahun bercinta, akhirnya penyanyi pop lelaki terkenal itu memilih wanita lain untuk dijadikan suri hidupnya. Siapa yang tak makan hati kan?

Menurut portal Hollywoodlive.com, sumber terdekat Selena Gomez memberitahu gadis ini masih belum boleh move on dengan kisah cintanya.

“ Dia percaya dia satu-satunya wanita yang akan berkahwin dengan Bieber.

“ Dia langsung tidak terfikir Justin akan berkahwin dengan Hailey Baldwin,” kata sumber secara ringkas.

Menurut portal berkenaan, penyanyi lagu Wolves ini berharap perkahwinan itu tidak akan menjadi kenyataan. 

“Masa yang membahagiakan Selena adalah ketika bersama Justin dan Selena sentiasa ingat yang dia akan berkahwin dengan Justin, bukan Hailey,” kata sumber.

Difahamkan, Selena masih terkejut dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya dengan Hailey pada 7 Julai lalu. Siapa yang tak terkejut kan? Cinta kilat kot! 

SGMS Faida