Betul Ke Peserta I Can See Your Voice Ini Mirip Suara Bruno Mars?

Melihat kepada persembahan peserta I Can See Your Voice kali ini pasti ramai yang tidak menyangka pemuda berusia 23 tahun ini memiliki suara yang begitu merdu bukan?

Muhammad Badruzzaman Abdul Ghani menyertai pertandingan #ICSYVM dan menyanyikan lagu berjudul Pinjam Hatiku nyanyian asal Ayda Jebat duet bersama Adi Priyo dinyanyikan semula pada minggu kedua ini.

Apa yang menariknya, video duet antara Ayda Jebat dan Badruzzaman mengejutkan semua penonton apabila dalam tempoh 5 hari dimuat naik melalui laman rasmi Youtube ntv7, video ini telahpun mendapat jumlah tontonan sebanyak 655, 719 dan nombor satu trending di Malaysia. Wow!

Jadi, kepada peminat yang belum menyaksikan I Can See Your Voice Malaysia, korang kenalah saksikan dan save the date untuk tengok #ICSYVM pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam hanya di ntv7 atau boleh check out youtube ntv7malaysia ok!

Oh! tidak ketinggalan juga korang boleh saksikan LIVE TV menerusi portal rasmi kami di www.xtra.com.my

Apapun, jangan lupa tengok #ICSYVM ya!
Salma Syahbuddin