Wohooo, OAG Kembali ‘Mengganas’

Bagi penggemar muzik alternatif rock tempatan, nama Old Automatic Garbage atau OAG bukanlah asing.

Antara band ‘underground’ pada awal tahun 1990-an lalu, OAG menjadi kegilaan ramai. Buktinya, album mereka adalah album inggeris paling laris di Malaysia dengan jualan lebih 75,000 keping ketika itu. Memang hebat!

Fast forward, dah 26 tahun OAG berada di dalam industri muzik.

Terbaru, OAG yang dianggotai oleh Radhi, Qi Razali, Yen dan Ammal mengumumkan mereka kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

Biarpun dilihat seperti terlewat untuk berdikari, OAG tetap positif untuk bergerak ke depan di atas kaki sendiri.

“ OAG mungkin dilihat lambat bergerak sendiri berbanding kumpulan lain.

“ Kini OAG segala pengurusan diuruskandi bawah syarikat milik Radhi dan Qi iaitu Indiestry Empire,” kata Radhi.

Tambahnya, pengalaman baharu ini banyak mengajar OAG dalam pelbagai aspek dan dilihat lebih mencabar.

“ Bergerak sendiri sebenarnya sangat mencabar. Jika dahulu ketika bersama syarikat rakaman semuanya telah disediakan daripada bajet sehingga pemasaran album.

“ Pengurusan bersama syarikat rakaman yang mempunyai kakitangan yang pakar dalam bidang masing-masing amat teratur.

“Berbeza apabila bergerak secara indie, semuanya harus urus sendiri. Semua harus pantas,” katanya.

OAG kini tampil dengan mini album mereka bertajuk 02 Orang, baru-baru ini.

“ Album mini OAG kali ini semuanya diuruskan sendiri dan ternyata ia memberi pengalaman baharu buat kami.

“ Bajet semua sendiri. Mungkin ada kekurangan sana sini tetapi kami dalam proses belajar untuk bergelar membuat kerja lebih daripada seorang pemuzik,” katanya.

Album 02 Orang yang bakal dilancarkan pada bulan Ogos memuatkan enam buah lagu iaitu Ambisi, Infiniti, Bawah Tanah Air, Limbo, Burung Hantu dan sebuah lagu bahasa Inggeris berjudul Snow Ball. 

Buat OAG, kami doakan album mini 02 Orang bakal berjaya dan menarik minat lebih ramai pendengar. Tak apa, tanpa bantuan label besar pun, korang pasti boleh lakukannya. Chaiyok guys!

SGMS Faida