Hiburan By: SGMS Faida July 21, 2018 @ 11:40am

Wohooo, OAG Kembali ‘Mengganas’

Bagi penggemar muzik alternatif rock tempatan, nama Old Automatic Garbage atau OAG bukanlah asing.

Antara band ‘underground’ pada awal tahun 1990-an lalu, OAG menjadi kegilaan ramai. Buktinya, album mereka adalah album inggeris paling laris di Malaysia dengan jualan lebih 75,000 keping ketika itu. Memang hebat!

Fast forward, dah 26 tahun OAG berada di dalam industri muzik.

Terbaru, OAG yang dianggotai oleh Radhi, Qi Razali, Yen dan Ammal mengumumkan mereka kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman.

Biarpun dilihat seperti terlewat untuk berdikari, OAG tetap positif untuk bergerak ke depan di atas kaki sendiri.

“ OAG mungkin dilihat lambat bergerak sendiri berbanding kumpulan lain.

“ Kini OAG segala pengurusan diuruskandi bawah syarikat milik Radhi dan Qi iaitu Indiestry Empire,” kata Radhi.

Tambahnya, pengalaman baharu ini banyak mengajar OAG dalam pelbagai aspek dan dilihat lebih mencabar.

“ Bergerak sendiri sebenarnya sangat mencabar. Jika dahulu ketika bersama syarikat rakaman semuanya telah disediakan daripada bajet sehingga pemasaran album.

“ Pengurusan bersama syarikat rakaman yang mempunyai kakitangan yang pakar dalam bidang masing-masing amat teratur.

“Berbeza apabila bergerak secara indie, semuanya harus urus sendiri. Semua harus pantas,” katanya.

OAG kini tampil dengan mini album mereka bertajuk 02 Orang, baru-baru ini.

“ Album mini OAG kali ini semuanya diuruskan sendiri dan ternyata ia memberi pengalaman baharu buat kami.

“ Bajet semua sendiri. Mungkin ada kekurangan sana sini tetapi kami dalam proses belajar untuk bergelar membuat kerja lebih daripada seorang pemuzik,” katanya.

Album 02 Orang yang bakal dilancarkan pada bulan Ogos memuatkan enam buah lagu iaitu Ambisi, Infiniti, Bawah Tanah Air, Limbo, Burung Hantu dan sebuah lagu bahasa Inggeris berjudul Snow Ball. 

Buat OAG, kami doakan album mini 02 Orang bakal berjaya dan menarik minat lebih ramai pendengar. Tak apa, tanpa bantuan label besar pun, korang pasti boleh lakukannya. Chaiyok guys!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Aug 2022
Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Tahniah! Fitri Haris Kini Bergelar Doktor Falsafah

Empat tahun bertungkus lumus menyiapkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), penyanyi nasyid, Fitri Haris, akhirnya berjaya pada sesi Viva Voce yang akhirnya membawa kepada gelaran Doktor Falsafah.

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Bukan Cincin Tanda, Nelydia Janji Kongsi Berita Baik

Saya hanya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik. Bukan mahu berahsia atau menyorokkan sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti hubungan sebelum ini.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Kamal Cilok Terbabit Kemalangan, Kini Bergantung Pada Life Support Machine

Semoga yang terbaik buat Kamal dan Keluarga. Aaminn!

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Datang Balik Berbincang? You Block I…” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberikan respons terhadap berita pernikahan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar menerusi rakaman video, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Sarah memberitahu dia akan menjelaskan dan akan memperbetulkan beberapa soalan mengelirukan yang

Hiburan Fri, 10 Dec 2021

“Bahasa Melayu Kami Tak Bagus Sangat, Tapi… ” – Buat Lagu 3 Versi Bahasa, MFMF. Intai Pasaran Antarabangsa

Trio komposer dan penerbit muzik berbakat, MFMF. yang mengukir populariti menerusi lagu Peluang Kedua mengakui penguasaan bahasa Melayu mereka semakin baik. Dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen, mereka banyak belajar dengan penyanyi Hael

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Perginya Anak Syurga, Amy Search Reda…

Al- Fatihah… Salam takziah buat seluruh keluarga penyanyi Amy Search atas pemergian anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan atas ujian ini.

| Live TV