Featured By: Salma Syahbuddin November 16, 2022 @ 4:13pm

“Untungnya Dapat Lelaki Macam Ni…”- Peminat Kagum Suami Hannah Delisha Pandai Jaga Aurat Isteri

Pelakon Hanna Delisha dan suaminya, Imam Shah mencuri perhatian warganet apabila ramai yang berasa kagum melihat pasangan sama cantik sama padan ini hadir bersama pada sebuah acara melibatkan produk keluaran dibawah jenamanya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @user3211227123278, Imam kelihatan sangat menjaga aurat isterinya dengan membetulkan rambut yang terkeluar daripada tudung Hannah.

“Definisi wanita akan menjadi ratu bila bersama lelaki yang tepat,” tulisnya pada paparan video berkenaan.

Walaupun tindakan tersebut dianggap ‘kecil’ namun ia pastinya memberikan impak yang besar buat golongan isteri yang mempunyai suami yang peka terhadap penjagaan aurat.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dan memuji tindakan Imam malah ramai yang mendoakan agar pasangan ini kekal istiqamah dan bahagia hingga ke syurga.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telahpun di tonton lebih 400,000 tontonan dan menerima 30,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Mar 2020
Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]