Featured By: Fadzlena Jafar March 25, 2020 @ 3:00pm

Kaca mata hitam bersegi empat gaya terkini musim panas 2020

Bersempena dengan musim bunga/panas 2020, pentas peragaan antarabangsa menyaksikan kebanyakan jenama fesyen terkenal tampil dengan rekaan kaca mata hitam bersegi empat.

Antaranya, Carrera, Levi’s, Boss, Safilo, Polaroid dan terkini, Dior yang melancarkan himpunan The Montaigne Sunglasses Dior 2020 dengan menampilkan pelbagai rekaan kaca mata hitam bentuk segi empat.

Himpunan berkenaan diperkenalkan pada pertunjuk fesyen sedia dipakai Dior 2020 rekaan Maria Grazia Chiuri. Himpunan kaca mata hitam The Montaigne Sunglasses Dior 2020 itu didatangkan dalam warna hitam, coklat kehijauan, putih gading atau putih kusam.

Kaca mata hitam bersegi empat lebih sesuai digayakan wanita dengan bentuk muka bujur atau segi tiga. (Gambar Dior)

 

Penampilan kaca mata hitam bersegi empat itu ternyata mencuri perhatian kebanyakan majalah fesyen berikutan rekaannya yang bergaya dan elegan.

Antara perbezaan ketara bagi bentuk baharu ini adalah rekaan yang bersaiz lebih besar sehingga hampir meliputi sepertiga daripada bentuk muka si pemakai.

Meskipun hampir meliputi sepertiga wajah, kaca mata hitam berbentuk futuristik ini membuatkan penampilan tampak ranggi bergaya. (Gambar Dior)

Bagaimanapun, tidak semua bentuk muka sesuai dengan bentuk yang dianggap futuristik itu terutama bentuk muka bulat dan segi empat.

Beberapa penata gaya berpendapat kaca mata hitam bersegi empat itu lebih sesuai dengan bentuk muka tertentu, antaranya segi tiga, bujur sirih dan bujur bersegi (oval).

Penampilan lebih menawan dengan kaca mata hitam meskipun kelihatan terlalu besar untuk wajah yang bujur. (Gambar Dior)

Begitu pun, pastikan sebelum membeli kaca mata hitam, bukan hanya bentuk sahaja yang diutamakan, sebaliknya ambil kira juga fungsi pemakaian iaitu untuk melindungi mata daripada sinaran matahari.

Sehubungan itu, pastikan lensa diperbuat daripada bahan yang baik seperti mempunyai polarisasi atau lapisan yang mampu menyaring sinaran matahari.

Antara rekaan kaca mata hitam daripada Himpunan Kaca Mata Polaroid X MSGM 2020. (Gambar Polaroid)

Jenama Polaroid turut tampil dengan kaca mata hitam bersegi empat dalam Himpunan Kaca Mata Polaroid X MSGM 2020 yang dipersembahkan pada pertunjukan fesyen MSGM di Milan, Itali akhir Februari lalu.

Selain menggunakan lensa berpolarisasi, himpunan itu juga memberi penekanan pada rekaan bingkai kaca mata dan warna yang menampilkan warna terang seperti merah, kuning, biru dan juga hitam serta putih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Apr 2022
familuv Wed, 17 Oct 2018

Menggosok Baju Bayi, Salah Satu Cara Ibu Prihatin Memelihara Kulit Si Kecil

Haba dari seterika boleh membunuh serangga micro yang tidak kelihatan!

Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi […]

Featured Mon, 29 May 2023
Oh Lawa Thu, 6 Sep 2018

Sama Ada On Frame Atau Off Frame, Si Cantik Jennie Kim Memang Gila Melaram!

Di sebalik raut wajahnya yang comel, personal style Jennie dan pilihan fesyennya menjurus kepada gaya BOLD.

Oh Lawa Wed, 21 Feb 2018

‘Powder Makeup’ Anda Hancur Berkecai? Ini Cara Mudah Untuk Selamatkannya & Guna Semula

Kalau powder makeup anda terjatuh ke lantai dan terus hancur berkecai, gerenti anda akan rasa seperti hati anda yang hancur sekali, bukan?

Featured Wed, 4 Mar 2020
Featured Thu, 28 Feb 2019

NR perkenal produk baharu pada 2019

Jenama sinonim produk berasaskan herba tradisional selamat dan halal