Featured By: Fadzlena Jafar February 28, 2019 @ 4:00pm

NR perkenal produk baharu pada 2019

Tahun 2019 bakal menyaksikan NR yang sinonim dengan produk berasaskan herba tradisional di negara ini akan lebih agresif dari segi promosi dan pemasarannya, selain akan tampil dengan beberapa produk baharu.

Jenama NR yang mula dipasarkan pada tahun 2007 cukup popular dalam kalangan wanita di negara ini bukan saja kerana produknya terbukti berkesan membantu dalam penjagaan kesihatan wanita, bahkan sesuai untuk kegunaan wanita pelbagai peringkat umur.

Pelbagai haruman NR sesuai digunakan untuk kegiatan harian. (Fot0: Jim NSTP)

Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn Bhd (MISB Resources), Syed Hidzir Tan Sri Syed Agil Barakbah, berkata persaingan tinggi sejak kebelakangan ini dalam kategori berkenaan menyebabkan pihaknya mengambil inisiatif melakukan penjenamaan semula.

“NR mempunyai 26 produk di pasaran yang mendapat sambutan daripada pelanggan setia, namun kami lebih dikenali dengan minyak herba dan set bersalin yang juga produk paling laris NR.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan ini dan bagi tahun 2019 pihak kami merancang pelbagai pembaharuan termasuk penjenamaan dan pengenalan produk baharu bagi memperkukuhkan jenama ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MISB Resources Sdn Bhd, Syed Hidzir Tan Sri Syed Agil Barakbah. (Foto: Jim NSTP)

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Korporat MISB Resources, Rahimi Datuk Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi MISB Resources, Syed Muhammad Hafiz.

Ketika ini, kesemua 26 produk NR dikeluarkan kilang milik syarikat itu di Alor Setar, namun bagi memenuhi permintaan pelanggan, MISB Resources bakal membuka kilang baharu di Jitra, Kedah yang dijangka beroperasi dua tahun lagi.

Syed Hidzir berkata, bagi meningkatkan pemasaran dan jualan produk NR, pihaknya akan lebih proaktif termasuk mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Bagi kekal relevan dalam perniagaan ini, NR bakal tampil dengan produk baharu seperti penjagaan bayi sebagai satu daripada inisiatif untuk mempelbagaikan produk jenama ini.

“Selain itu, kebanyakan pelanggan suka datang terus ke ibu pejabat kami di Plaza Damas, Sri Hartamas untuk mendapatkan khidmat runding cara. Kita juga ada pusat rawatan sendiri di Taman Tun Dr Ismail yang menawarkan khidmat penjagaan selepas bersalin dan berpantang.

Syed Hidzir bersama-sama Ketua Pegawai Korporat MISB Resources, Rahimi Datuk Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi MISB Resources, Syed Muhammad Hafiz optimis penjenamaan semula NR dapat meningkatkan jualan produk berkenaan. (Foto: Jim NSTP)

“Selain memiliki stokis dan ejen di seluruh negara, produk NR juga boleh didapati menerusi media sosial bagi memastikan lebih ramai pelanggan mendapat manfaat daripada produk NR,” katanya.

Sementara itu, Rahimi berkata, syarikat berkenaan juga bercadang untuk meneroka bidang baharu dengan melihat dari sudut pasaran lain seperti penjagaan kesihatan dan farmaseutikal.

“Ketika ini, terlalu banyak produk penjagaan kesihatan yang dipasarkan dengan pelbagai dakwaan mengenai keberkesanan kandungannya, lebih-lebih lagi dengan ledakan teknologi ketika ini. Pesaing kami adalah daripada ubat-ubat yang tidak berdaftar, tiruan dan lambakan dari negara jiran Indonesia, Thailand dan China yang jauh lebih murah.

“Berbeza dengan NR, sejak dulu lagi prinsip kami hanya menggunakan produk yang ada nombor pendaftaran MAL sahaja. Tiada ubat yang dibeli daripada syarikat lain dan produk kami selamat serta berstatus halal kerana itu NR dapat bertahan sehingga sekarang,” katanya.

Produk NR mendapat pengiktirafan KKM, selain selamat dan halal digunakan. (Foto: Jim NSTP)

Beliau berkata, produk keluaran NR dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh makmal syarikat berkenaan.

Orang ramai yang ingin membeli atau mendapatkan maklmat lanjut mengenai produk NR, boleh melayari laman sesawang NR, iaitu www.nr4u.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

“Kau Bukan Sempurna Pun Nak Hina Anak Aku” – Ini Jawapan Aliff Syukri Apabila….

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab tohmahan yang dilontarkan oleh netizen terhadap anaknya, Ammar Ahyyan. @aliffsyukriterlajaklaris Replying to @user1467650542330 ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian yang dibuat di laman TikTok, Aliff menjelaskan dia […]

Featured Fri, 5 May 2023
Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Wed, 11 May 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Oh Lawa Thu, 18 Jan 2018

Pilih Warna Pakaian Untuk Mood Berbeza

Setiap kali membuka almari, pasti anda pening mahu memilih pakaian apa untuk dipakai. Namun, tahukah anda warna pakaian mampu mempengaruhi emosi atau mood seseorang? Malah, kuasa warna juga secara tidak langsung melambangkan personaliti diri. Justeru, […]

Featured Fri, 19 Aug 2022