Biar Betul? Sepupu Dedah Sikap Sebenar Afgan

Penyanyi meningkat naik, Yory Fortuna menafikan menggunakan populariti sepupunya, Afgan untuk meraih perhatian dengan cepat.

Menerusi laporan Dream.co.id, Yory tidak selesa apabila terus dikaitkan seolah menumpang populariti saudaranya itu.

“ Saya masuk ke dalam industri hiburan bukan atas bantuan Afgan seperti yang diperkatakan orang ramai. Afgan tidak pernah menyokong saya sama sekali.

“ Sebelum ini, ibu bapa saya pernah minta pertolongan dari Afgan namun tidak dihiraukan,” katanya.

Namun begitu, bukan niat Yory untuk memburukkan sepupunya itu kerana penjelasan ini sekadar menjelaskan keadaan sebenar.

Namun begitu Yoru mengaku pernah mengundang Afgan ke majlis pelancaran single pertamanya sebelum ini.

“ Dia tidak datang. Itu salah satu contoh dia tidak menyokong. Sebab itu saya tak mahu dikaitkan dengan Afgan lagi. Saya mampu berdiri sendiri dalam industri tanpa bantuan Afgan. Saya mampu,” akhirinya.

Sementara itu, Afgan masih belum menjawab segala kenyataan di atas buat masa ini.

SGMS Faida