Categories: Trending

“Rindu Sebagai Seorang Kawan” – Sharifah Rose

Komen “I miss you” yang ditinggalkan selebriti media sosial, Sharifah Rose, menerusi ruangan komen di Instagram Ismail Izzani, hanya luahan rasa rindu seorang kawan dan tidak lebih daripada itu.

Malah, gadis cantik itu menyangka dakwaan kononnya hubungan cintanya mereka berdua kembali bertaut.

Sharifah atau mesra dengan panggilan Rose, menjelaskan ungkapan itu tidak membawa sebarang maksud tertentu, malah hubungannya dengan Ismail sudah lama berakhir kerana tiada persefahaman.

Foto: Instagram Sharifah Rose

“Saya single… Hubungan dengan Ismail itu cerita lama dan kami pun sebenarnya sudah berbaik tetapi hanya sebagai kawan sahaja.

“Komen “I miss you” di Instagram itu tiada apa-apa… Memanglah ada rindu bila teringat kembali memori ketika bercinta tapi kami sedar hubungan itu tiada keserasian.

“Sekarang pun sudah lama juga kami tidak berhubung,” katanya yang baru saja terbabit dalam program Hijab & Heels di Anggun Life berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Rose memberitahu dia teruja apabila ditawarkan membintangi sekual drama popular Nur 2.

Foto: Instagram Sharifah Rose

Kata Rose, sebagai persiapan, dia sedang mengikuti kelas lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kerana tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberikan pihak produksi.

“Alhamdulillah ada beberapa tawaran lakonan namun pihak produksi meminta saya masuk kelas lakonan terlebih dahulu sebagai persediaan dan itu yang sedang saya lakukan sekarang.

“Mereka ada tawarkan sama ada drama Nur 2 atau sebuah drama bersempena Ramadan akan datang, Insya-Allah kalau ada rezeki pasti saya akan lakukan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Foto: tular.my

Sumber: mStar

Yanie Baharom