Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 21, 2023 @ 11:49pm

Yak Yak Yeay! Tepati Ramalan, Bell Ngasri Bintang Paling Popular! Jom Semak Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35

Pelawak Bell Ngasri menepati ramalan dan merangkul trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH 35).

Turut memenangi trofi Artis Komedi Popular, ini merupakan penyertaan pertama Bell dalam ABPBH sepanjang lebih 36 tahun penglibatan dalam dunia seni.

Pelakon cantik Anna Jobling pula membawa pulang empat trofi ABPBH 35. Dua menerusi kategori utama iaitu BBNU Wanita Popular dan Aktres TV Popular serta dua trofi kategori ekstra, Couple TV Popular (bersama Meerqeen menerusi Melur Untuk Firdaus) dan Drama Popular (Melur Untuk Firdaus).

Diacarakan oleh Johan dan Ain Edruce, ABPBH 35 dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Judika, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Aizat Amdan dan ramai lagi.

Jom semak senarai penuh pemenang ABPBH 35:

● BINTANG PALING POPULAR – Bell Ngasri

● ANUGERAH EKSPLORASI SENI – Yuna

● ANUGERAH EKSPRESI LEGASI SENI – Tan Sri Michelle Yeoh

12 KATEGORI UTAMA


● BBNU LELAKI POPULAR – Amir Ahnaf


● BBNU WANITA POPULAR – Anna Jobling

● PENYANYI LELAKI POPULAR – Khai Bahar

● PENYANYI WANITA POPULAR – Aina Abdul

● ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR – Dolla


● AKTOR FILEM POPULAR – Beto Kusyairy


● AKTRES FILEM POPULAR – Sophia Albarakbah

● AKTOR TV POPULAR – Meerqeen

● AKTRES TV POPULAR – Anna Jobling

● PENYAMPAI RADIO POPULAR – Tyzo

● PENGACARA TV POPULAR – Elly Mazlein

● ARTIS KOMEDI POPULAR – Bell Ngasri


7 KATEGORI EKSTRA

● COUPLE TV POPULAR – Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

● COUPLE FILEM POPULAR – Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)

● DRAMA POPULAR – Melur Untuk Firdaus

● LAGU PALING BOOM POPULAR – Terus Hidup (Aina Abdul)

● CONTENT CREATOR POPULAR – Alieff Irfan

● TIKTOKERS POPULAR – Sally Whoo

● LAWAK VIRAL POPULAR – Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

#ASK2018 : Jika Menang Malam Ini, Ia Bonus Buat Saya

Memegang watak sebagai pesakit kanser dalam drama Tulus Cinta, pelakon jelita ini memaklumkan dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menang besar malam ini. Kalau ada rezeki, Insya Allah…

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Tak Salah Buat Konsert Jika Tak Ada Album” – M Nasir

Haa apa betul juga kata sifu M Nasir kan

Hiburan Tue, 5 Mar 2024
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihannya tersendiri.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

创作精灵白安《1990s》马来西亚宣传

相隔好一段时间没来马来西亚宣传的白安终于带着她的第三张创作专辑《1990s》来马宣传啦!

Hiburan Sun, 5 Apr 2026
Hiburan Tue, 10 Mar 2026
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Fazura Sifatkan Tindakan Mengutuk Fizikal Seseorang Sangat Memalukan!

Fazura meluahkan rasa kecewa dengan rakan artis kerana mengaitkan bentuk fizikal seseorang sebagai satu bahan jenaka. Sangat memalukan!

error: Content is protected !!