Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital, Badan Lemah Selepas 2 Hari Demam Teruk

Selebriti versatil, Yana Samsudin dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam teruk, malam tadi.

Perkara tersebut dikongsikan suaminya yang juga pengarah dan pelakon, Fadzil Zahari menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram (IG) Yana.

Menerusi hantaran tersebut, Fadzil memuat naik sekeping foto yang memaparkan Yana sedang terbaring di katil hospital menerima rawatan.

“Assalamualaikum…saya @fadzilzahari nak maklum yang Yana warded malam ni.

“Badannya lemah selepas 2 hari demam teruk,” kongsinya.

Fadzil turut memberitahu perkembangan terkini Yana dan memohon doa agar isterinya diberi kesembuhan.

“Belum dapat keputusan doktor lagi.. kalau Influenza mungkin kena kuarantin 4 hingga 5 hari.

“Harap semua dapat doakan kesembuhan Yana insya-Allah,” harapnya.

Fadzil turut memohon maaf kerana terpaksa menunda atau membatalkan sebarang urusan buat masa ini.

Khairil Khusyairi