Featured By: Maya Basir October 27, 2022 @ 3:18pm

“Yang Kau Menggelabah Kenapa…?” – Akui Tersinggung Dengan Komen Netizen, Nadiyah Shahab Tampil Bersuara Isu Anak

Pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab mengakui sering mendapat komen daripada netizen yang bertanyakan soal cahaya mata.

Memetik laporan mStar, apabila dia memuat naik gambar bersama dengan kucing kesayangan pasti ada pengikut yang meninggalkan komen mengenai zuriat.

“Sebenarnya setiap kali saya memuat naik pasal kucing ada je orang kata kasihan dan mendoakan saya semoga cepat dapat anak.

“Kadang-kadang kelakar bila baca komen itu sebab saya memang sayang sangat kucing saya tapi kadang-kadang orang kata kasihan dekat kami, katanya mungkin sebab saya dan Ben obses dengan kucing jadi sebab tu tak boleh dapat anak,” katanya.

Menurutnya, dia masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk memikirkan tentang perkara tersebut.

Tambah Nadiyah, dia mengakui tersinggung dengan kata-kata netizen tapi dia memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

“Hari tu saya baru dapat komen bila saya post pasal anak kucing, ‘Dah lah tu post pasal anak kucing, buatlah anak’.

“Kadang-kadang cara mereka cakap buat saya tersinggung tapi saya okey. Kalau kami ada masa, kami akan buat.

“Kalau tuan punya diri tak menggelabah, yang kau menggelabah kenapa sebab aku tak ada anak lagi?,” ujarnya.

Untuk rekod, Nadiyah dan suami iaitu Ben Ali mendirikan rumah tangga pada 10 November 2018 di Singapura.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Batal Perkahwinan, Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Atikah Suhaime?

Lagu ‘Rahasiaku’ dilancarkan pada hari ulangtahun kelahiran Atikah ke-28 iaitu pada hari Jumaat, 15 Mac 2019 (semalam).

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] “Pelbagai Dugaan Dilalui, Akhirnya Rapuh” – Sentuh Perasaan! Neelofa Menangis Ketika Perjanjian Dibaca Oleh…

Alahai, terlalu banyak kecaman & pelbagai isu dibangkitkan mengenai inai NunHa 🥲🥲 Sayu pulaa 🥲

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Berdebar Tapi…’- Elfira Loy Takut Nak Ke Hospital?

Elfira banyak menghabiskan masa berehat di rumah dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat masa ini.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Izzue Islam Nekad Keluar Zon Selesa

Insha Allah lagu ini boleh didengarkan pada pertengahan Ogos nanti!

Featured Mon, 17 Feb 2020
Trending Sat, 17 Jul 2021

“Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan respons terhadap isu panas yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dan pendakwah Ustaz Ebit Lew. Berharap agar perselisihan faham ini dapat

Featured Tue, 12 Oct 2021

Nak Bercuti Rentas Negeri Tapi Masih Ragu-Ragu? Jangan Risau, Ikuti 5 Saranan Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia iaitu kebenaran untuk merentas negeri yang telah berkuatkuasa bermula Isnin, 11 Oktober 2021. Ramai yang sudah merancang untuk

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

| Live TV