Featured By: tex_admin July 13, 2018 @ 3:00pm

Ini Resepi Keropok Lekor Viral Guna Mi Segera. Memang Rangup Dan Sedap!

Biasanya, kalau kita beli keropok lekor pastinya ia diperbuat daripada isi ikan. Tapi, tahu tak sebenarnya keropok lekor bermaksud keropok lingkar kerana bentuknya yang berlingkar-lingkar dan bukan bermaksud keropok ikan semata.

Jadi, keropok lekor tidak semestinya diperbuat daripada isi ikan sahaja, malah ia boleh diinovasikan menggunakan bahan yang lain juga.

Seperti keropok lekor viral ini, siapa sangka ianya dihasilkan menggunakan mi segera sahaja! Pelik kan? Resepi perkongsian oleh seorang jejaka, Azery menerusi laman Twitternya. Jom kita semak cara-cara nak buat keropok lekor mi segera ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Mi segera jenama Sedap

6 sudu tepung ubi

Tepung gandum secukupnya

Sebiji telur gred A

Garam secukupnya

Cara-caranya ikut sahaja seperti gambar ini:

1. Rebus mi segera sehingga kembang.

2. Apabila mi sudah kembang, tapis dan tumbuk sehingga lumat.

3. Masukkan mi yang dah ditumbuk lumat, telur, perencah mi Sedap (kecuali kriuk kriuk bawang) ke dalam pan dan gaul sehingga rata. Boleh tambahkan sedikit garam ikut citarasa anda. Kalau anda tak suka menumbuk, masukkan semua bahan tersebut ke dalam mesin pengisar dan kisar hancur.

4. Apabila sudah sebati, tambah tepung ubi enam sudu dan uli sampai sebati. Campurkan tepung gandum secukupnya agar tidak melekat.

5. Selepas diuli, gulung adunan menjadi bentuk silinder.

6. Didihkan air dalam periuk, letak sedikit garam dan rebus sehingga adunan terapung, kemudian angkat dan toskan. 

7. Potong seperti keropok lekor biasa dan goreng sehingga garing.

8. Siap untuk dihidangkan!

Selamat mencuba resepi pelik dan sedap ini!

Sumber: Twitter 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Featured Tue, 6 Sep 2022
Trending Thu, 30 Jan 2020

Jack Ma Derma 100 juta yuan (RM58.92 juta) Untuk Vaksin Koronavirus

USAHAWAN tersohor dunia, Jack Ma mendermakan 100 juta yuan (RM58.92 juta) melalui yayasannya bagi membantu membangunkan vaksin baharu melawan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan membunuh sekurang-kurangnya 170 mangsa. Media sosial milik Yayasan Jack Ma berkata, […]

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Events Tue, 30 Aug 2022