Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Penyanyi berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (US), Yuna Zarai berkongsi berita gembira di Instagram miliknya memaklumkan bakal membuat konsert di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Yuna memuat naik sebuah video pendek ā€˜teaserā€™ memaparkan tarikh dan lokasi konsert tersebut bakal dijalankan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Yuna yang banyak melakukan duet bersama artis antarabangsa ini akan membuat konsert ā€˜Yunaverseā€™ pada 22 Oktober, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

ā€œWelcome to my Yunaverse, save the date KL,ā€ tulisnya di kapsyen.

Bagaimanapun, Yuna masih belum mengumumkan bila tiket konsert Yunaverse akan mula dijual.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti tidak sabar untuk menantikan konsert pertamanya di Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, rata-rata peminatnya juga teruja untuk menyimpan duit mereka demi membeli tiket konsert pelantun lagu popular Terukir Di Bintang ini.

Aqilah Paharuzi