Zaquan Adha Bagi Hint Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam?

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Zaquan Adha memberi ucapan ulang tahun isterinya yang ke-38 tahun.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, foto ujian kehamilan di dalam video tersebut memberi gambaran seakan-akan Ayu sedang hamil anak keenam.

“Selamat hari jadi sayangku. Saya doakan Allah makbulkan segala doa awak, awak seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan awak dengan duit ringgit.

“Saya sayang awak sampai jannah sayangku (gambar akhir tu hadiah saya yang tak seberapa untuk awak),” tulis Zaquan di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan selamat hari jadi dan tahniah di atas berita kehamilan Ayu itu.

“Selamat hari lahir. Semoga dipermudahkan urusan sepanjang mengandung. Amin.

“Alhamdulillah sis, congrats mommy to be.

“Wah nak ada baby lagi. Tahniah happy birthday,” komen netizen.

Maya Basir