Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2018 @ 4:54am

Zul Ariffin Dah Mula Rimas?

Selepas mendedahkan tubuh badannya yang sasa dalam filem Tombiruo: Penunggu Rimba, aktor kacak Zul Ariffin sekali lagi perlu menayangkan badannya menerusi filem Sangkar.

Menurut Zul, dia bukan sengaja mahu mendedahkan badan sebaliknya tuntutan watak sebagai peninju MMA memerlukannya untuk tampil dengan imej tersebut.

“Boleh kata dalam filem Sangkar ini, imej saya separuh bogel kerana perlu tampil sebagai peninju MMA. Untuk watak ini juga saya perlu menyimpan jambang.

“Kalau ikutkan saya suka clean shaved, rimas berjambang-jambang ini,” katanya.

Zul ditemui ketika majlis anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Menerusi DFKL 2018, Zul berjaya membawa pulang trofi Aktor Pilihan menerusi lakonan dalam Titian Cinta lakonannya bersama Farah Nabilah.

Semakin dikenali membawakan watak-watak bergenre aksi, Zul melihat ini satu peluang yang baik untuk pelakon sepertinya terus mempamerkan bakat kepada umum.

“Sekarang filem bergenre aksi sudah semakin mendapat permintaan sekali gus menyebabkan penerbit semakin berani mencuba genre ini. Alhamdulillah (dengan perkembangan ini) pelakon macam saya ada tempat di industri.

“Kalau ikutkan memang saya buat penjenamaan di mana untuk drama, watak saya lebih kepada cinta dan sebaliknya untuk filem, wajah saya sudah sinonim dengan watak-watak aksi dan lasak,” jelasnya.

Menurut pelakon kacukan Melayu-Belanda ini, setakat ini jadual seninya penuh sehingga ke hujung tahun dan untuk bulan puasa ini dia akan menyambung semula penggambaran filem Sangkar yang dijangka ditayangkan bulan Mei tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Selamat Bernikah, Elisya Sandha Kini Bergelar Menantu Sheila Rusly

Pelakon Elisya Sandha selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy sebentar tadi. Adik kepada aktres Fasha Sandha ini berkongsi foto hari bahagianya di laman Instagram. “Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah,”

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Events Sun, 3 Feb 2019

Betul Ke Lagu Throwback Seribu Impian Cover Suara Sumbang Nabila Razali?

Best jugak kalau lagu seribu impian ni bergenre rancak kan?

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan

Featured Sat, 30 Apr 2022

“Tiba-Tiba Check Akaun, Kosong! – Cik Jenny Menangis Duit Simpanan Dalam Akaun Lesap Dikebas Bekas Kekasih

Girls! Bercinta jangan sampai share hal peribadi macam ni… Ambil kisah Cik Jenny ni sebagai pengajaran dan hati-hati dengan sesiapa pun

Featured Fri, 26 Nov 2021
Featured Sun, 12 Mar 2023

JHEAT Sahkan Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Di Terengganu

UAI telah dipanggil sebanyak tiga kali oleh JHEAT untuk menjalani proses temuduga pemegang tauliah

LIFESTYLE Thu, 3 Jan 2019

Nak Turun Kadar Gula Dalam Darah Makan Peria Katak

Pemakanan ulam-ulaman seperti peria dan tomato semasa proses diet dapat mempercepatkan proses menurunkan berat badan

Featured Sun, 31 Oct 2021

“Dunia Saya Jadi Blank…” – Anak Sulung Dr Say Shazril Disahkan Autism Tahap Sederhana

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap autism tahap sederhana. Menurut satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dr. Say meluahkan perasaan setelah doktor mengesahkan anak

| Live TV