Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 27, 2023 @ 9:23pm

Zul Yahya Didakwa Jalan Sendirian Sejak 4 Pagi Gara-Gara Berdepan Masalah Keluarga, Ini Reaksi Isteri

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan bekas pelakon, Zul Yahya didakwa sedang berdepan dengan masalah dan memerlukan bantuan.

Menerusi sebuah video perkongsian akaun TikTok @zackpulaumutiara8, individu itu menyatakan bahawa Zul Yahya sedang berjalan kaki seorang diri, malah pemilik akaun tersebut mengatakan bahawa pelakon tersebut sedang berada dalam masalah.

Susulan itu, individu itu meminta orang ramai yang menjumpai Zul untuk memberi pertolongan kepadanya.

“Abang Zul Yahya dalam masalah keluarga. Berjalan dari pukul 4 pagi sampai sekarang, (8.30 pagi).

“Kalau siapa-siapa jumpa dia tolong bantu dia. Sekarang ni masih ada dalam negeri Perak,” kongsi pemilik akaun itu.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut telah dikongsi sejak semalam.

Dalam pada itu, wartawan sebuah portal cuba menghubungi Zul Yahya untuk mendapatkan penjelasan, namun gagal apabila kiriman mesej tidak dibalas.

Tambah, last seen di Whatsapp Zul memaparkan kali terakhir dia membuka aplikasi tersebut pada jam 12.44 tengah malam tadi.

Namun begitu, memetik laporan mStar, isteri Zul, Siti Raihan Mohd Rodzi tampil menjelaskan situasi tersebut selepas rakaman tersebut tular di TikTok dan raih perhatian ramai warganet.

Jelas Siti Raihan, suaminya berjalan seorang diri pada pagi itu hanya sekadar menenangkan diri.

“Dia okay sahaja, sekarang ada di rumah… tiada apa-apa.

“Mengenai video itu, tak ada apa-apa. Dia sahaja ambil masa sendiri untuk tenangkan diri dia,” kata isteri Zul.

Bukan itu sahaja, Siti Raihan juga menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangga sedang dalam masalah seperti yang ditularkan.

“InsyaAllah, hubungan kami tiada apa,” tuturnya lagi.

Sekadar info, Zul dan Siti Raihan telah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Thu, 14 Dec 2023
Events Thu, 15 Nov 2018
Trending Tue, 11 Jun 2019

不是突变!天然「蓝蕉​​」世界罕见

你也许看过黄香蕉、绿香蕉、短短的芭蕉,但是你有看过「蓝色香蕉」吗?

Hiburan Wed, 11 Dec 2024
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Trending Sun, 3 May 2020
Events Fri, 29 Mar 2019

Mampukah Duit Beli Kebahagiaan? Jawapannya Ada Dalam ‘Cinta Non Grata’

Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Fathia Pelik Kenapa Namanya Sering Jadi Bualan Netizen

Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!

error: Content is protected !!