Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops January 4, 2019 @ 6:00pm

Hidangan Pasta Lebih Sihat & Menarik Untuk Anak Kesayangan Anda

Sesi persekolahan 2019 sudahpun dibuka dan pastinya, dalam perasaan teruja melihat anak kesayangan memulakan alam persekolahan, pasti para ibu pening kepala dalam memikirkan penyediaan hidangan yang terbaik untuk anak mereka.

Apatah lagi rata-rata ibu zaman sekarang ramai yang bekerjaya, jadi pastinya kekangan masa adalah faktor utama untuk mereka. Namun, tidak dinafikan membawa bekal ke sekolah merupakan sesuatu yang menjimatkan, malah kualiti kebersihan juga lebih terjamin.

Jadi, setiap ibu pasti mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Selain menu roti dan nasi, apa kata anda pikat selera anak anda dengan hidangan pasta?

Bagi membuatkan hidangan pasta anda lebih menarik, jom cuba Prego Buddies, pasta kering berbentuk menarik yang pertama dikeluarkan untuk kanak-kanak.

Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli ini didatangkan dalam beraneka bentuk menarik bertemakan sukan serta angkasa lepas bagi membantu para ibu yang sibuk memikat selera anak-anak mereka dengan hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan.

Dengan Prego Buddies juga, ibu yang sibuk boleh menyediakan hidangan yang mengandungi kebaikan sayur-sayuran untuk anak-anak mereka dan yang paling utama, hidangan ini boleh disediakan dalam hanya 10 minit apabila digandingkan dengan mana-mana sos pasta Prego. Para ibu juga boleh memilih sama ada untuk menambah ramuan kegemaran anak-anak mereka seperti ayam, tuna atau sebagainya.

Menurut Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis, kanak-kanak sememangnya menggemari pasta dan dengan Prego Buddies, pihaknya membantu para ibu menjadikan masa makan anak-anak mereka lebih mudah, menyelerakan dan menyeronokkan.

Foto: Facebook Prego Malaysia

“Dengan Prego Buddies, hidangan pasta yang lengkap untuk anak-anak boleh disediakan hanya beberapa minit. Oleh itu, ia menjadi pilihan hidangan terbaik yang boleh disediakan oleh para ibu sama ada untuk dinikmati semasa waktu rehat di sekolah, sebagai hidangan rehat selepas waktu sekolah, atau sebagai hidangan tengah hari atau malam yang mudah lagi sedap di rumah,” katanya.

Prego Buddies didatangkan dalam dua bentuk berbeza iaitu bentuk bertemakan sukan dan angkasa. Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Prego Buddies boleh didapati di dalam pek 200 gram, pada harga runcit RM2.35 di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.

Anda boleh dapatkan beraneka pilihan resipi yang enak serta mudah disediakan di www.pregobuddies.com dan di laman Facebook serta Instagram rasmi @pregomalaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 2 Jul 2018

Buat 4 Jenis Kek Di Dalam Mug Dengan Menggunakan Microwave, 3 Minit Dah Siap!

Sesuai untuk orang-orang yang malas buat kek tapi teringin.

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Jom Cuba Buat Biskut Oreo Sendiri Pada Hari Cuti Ini, Mudah Sangat!

Kalau buat banyak-banyak, boleh makan banyak-banyak! Muahaha!

Eat Travel Tue, 29 May 2018
Eat Travel Thu, 28 May 2020
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
Eat Travel Mon, 9 Dec 2019

Mudahnya buat kek tiramisu dengan resipi ini

Pemanis mulut Itali ini popular di Malaysia

Eat Travel Fri, 11 May 2018

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Bila anda belah kek comel ini di bahagian tengahnya, fuuuh. Meleleh air liur.

Eat Travel Sun, 17 May 2020
Eat Travel Wed, 11 Sep 2019
Eat Travel Thu, 6 Sep 2018

53,592 Keping Duit Syiling 1 Sen Menghiasi Dinding Hotel Ini. Memang Awesome!

Duit syiling 1 sen berjumlah RM535 dalam bentuk perkataan ‘1969 Business Suites’.

error: Content is protected !!