Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 21, 2018 @ 10:30am

Honor Note 10 Dilancarkan Secara Rasmi 31 Julai Ini

Honor Note 10 akan diperkenalkan buat pertama kali pada 31 Julai ini di China, menurut laporan Gadget 360. Perkara itu telah disahkan oleh pihak honor sendiri di mana mereka telah mengeluarkan satu poster bagi memaklumkan perkara tersebut.

Kredit : Weibo

Dalam imej poster itu, ia memaparkan tulisan tarikh 31 Julai sebagai tarikh pelancaran bagi peranti ini. Pada awal minggu ini, satu imej tertiris yang dikatakan sebagai Honor Note 10 telah tular di laman Weibo dan pengguna laman tersebut dilaporkan amat teruja untuk memiliki peranti berkenaan.

Kredit : GizmoChina

Honor Note 10 dijangka akan hadir dengan skrin besar 6.9 inci, cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970, 6GB RAM serta bateri berkapasiti besar tidak kurang dari 6,000 mAh. Ia juga akan didatangkan dengan diw-kamera utama 24MP + 16MP dengan fungsi kecerdasan buatan, seperti yang dipaparkan pada poster di atas.

Honor juga telah mengeluarkan satu lagi poster yang bertujuan bagi menjemput orang ramai untuk hadir ke satu majlis perasmian produk baru pada 30 Ogos ini. Tempat dan ‘produk’ tidak dinyatakan, namun terdapat laporan ia adalah majlis pelancaran global bagi Honor Note 10 yang akan dilangsungkan di Berlin, Jerman iaitu sehari sebelum acara IFA 2018.

IFA 2018 akan berlangsung di Berlin, Jerman bermula 31 Ogos sehingga 5 September ini di mana ia akan menghimpunkan syarikat-syarikat gergasi teknologi dunia bagi memperkenalkan produk-produk terbaru keluaran mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 31 Oct 2018

Cara Menukar Tema Windows 10 Kepada Versi Gelap

Berikut kami kongsikan cara – cara untuk mengaktifkan tema versi gelap pada Windows 10 anda.

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

TECH Mon, 26 Aug 2019

7 Cara Mengurangkan Storage iPhone

Tak perlu risau lagi kalau anda guna iPhone dan dapat ‘storage full’

TECH Sat, 23 Jun 2018

Tersalah Hantar e-mel? Gmail Ada Ciri Tarik Balik Hantaran e-Mel

Adakah anda terhantar e-mel kepada orang yang salah?Gmail ada penyelesaiannya.

TECH Wed, 21 Mar 2018

Buka “Website” Yang Disekat Tanpa Sebarang Aplikasi

Bukan sahaja dapat membuka laman sesawang yang disekat, malah aktiviti anda juga tidak dapat dikesan.

TECH Sun, 29 Dec 2019

Microsoft Umum Tamatkan Sokongan Windows 7 Januari 2020

Microsoft tidak lagi akan memberi kemaskini berkaitan sekuriti terhadap Windows 7.

TECH Tue, 21 May 2019
TECH Sat, 13 Oct 2018

Mengembalikan Fail Yang Hilang Dengan Menggunakan Perisian Percuma

Apabila fail yang hilang pasti pening kepala. Bagaimana nak dapatkan balik fail lagi-lagi kalau fail atau data yang penting .

TECH Tue, 2 Apr 2019

SilverPush Launches in Hong Kong, Expands APAC Operations

SilverPush is introducing the latest way of advertising; AI based marketing-technology.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Google sebelum sering kali mempromosikan teknologi kecerdasan buatan(AI) untuk kegunaan syarikat-syarikat dan perusahaan yang didakwa akan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping mengurangkan kos. Kini, mereka sekali lagi menegaskan pendirian mereka berkenaan perkara tersebut. Mereka dilihat semakin […]

error: Content is protected !!