Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Ad Ops June 13, 2018 @ 11:00am

Ikuti 10 Tip Ini Supaya Makeup Anda Tahan Lama Pada Hari Raya Nanti

Hari Rayalah masanya untuk tampil glamorous. Setakat busana, hijab dan kasut saja tak cukup; makeup anda pun kena nampak marvellous juga!

Dan biasalah, pada hari perayaan ini, anda akan ke sana sini untuk beraya serta berjumpa sanak saudara dan rakan-rakan. Dengan cuaca di Malaysia yang panas lembap ini, tak mustahil untuk makeup anda cair. Spoil terus rupa anda yang pada mulanya gorgeous itu.

Jangan risau, perkara ini boleh dielakkan jika anda tahu beberapa tip penting yang boleh menjadikan makeup anda kekal berpanjangan. Jom belajar!

1. Licinkan kulit terlebih dahulu

Sebelum mengenakan makeup, perkara paling penting yang anda kena buat ialah mencuci muka dengan scrub. Lebih licin permukaan kulit anda, lebih rata aplikasi makeup anda dan dengan itu, lebih lama ia kekal. Dua kali seminggu, polish kulit anda dan buang sel-sel kulit mati dengan scrub yang elok.

2. Jangan guna pelembap secara berlebihan

Moisturiser yang kuat boleh menyebabkan makeup anda cair dengan cepat. Jadi, pakai mask pelembap dulu. Lepas tu, gunakan pelembap yang ringan. Jangan sapu di zon T kerana ia cepat berminyak. Biarkan moisturiser itu meresap ke dalam kulit selama sekurang-kurangnya 15 minit. Cara ini juga mengelakkan makeup anda daripada meresap ke dalam liang pori, jadi ia taklah mudah cair.

3. Pakai primer

Alat makeup ini memerangkap pelembap anda pada kulit dan menyediakan permukaan kulit yang licin untuk disolek. Jika kulit anda berminyak, gunakan primer yang oil-free. Lagi satu, gunakan primer yang lain untuk kelopak mata yang delicate.

4. Pakai makeup yang tahan lama

Ada sebabnya pengeluar makeup menghasilkan rangkaian alat solek yang dipanggil “long-wear”. Produk jenis ini yang bagus boleh menjadikan rupa kita nampak flawless tapi pada masa yang sama, ia langsung tak nampak heavy. Pilih produk mengikut jenis kulit anda untuk hasil yang optimum.

Foto: Neutrogena

5. Pakai makeup secara berlapis-lapis

Mengenakan makeup anda dengan nipis selapis demi selapis adalah lebih baik daripada memakai makeup tebal sekali harung. Selain tahan lebih lama, ia juga akan nampak lebih natural.

6. Set makeup dengan bedak asas

Bedak yang disapu selepas anda mengenakan makeup akan membantu mengekalkan produk makeup tersebut pada kulit untuk tempoh masa yang lebih lama.

7. Kukuhkan warna bibir dengan lipliner

Gunakan lipliner dan lukiskan sempadan bibir anda terlebih dahulu. Teknik ini berikan struktur dan pegangan kuat kepada lipstick anda. Selepas memakai gincu, lengkapinya dengan selapis lagi lipliner.

Foto: King Of The Booth

8. “Kunci” makeup dengan setting spray

Cecair ini direka khas untuk mengelakkan makeup anda daripada cair, jadi anda tak perlu susah-susah touch up. Spray ini patut menjadi langkah terakhir untuk sesi pemakaian makeup anda sebelum keluar rumah.

9. Jangan sentuh muka

Kadangkala kita tak sedar pun bila kita menyentuh muka. Selain menyebarkan kuman dan virus, kita juga secara tak langsung merosakkan makeup. Anda boleh pakai produk mahal-mahal tapi kalau anda sentiasa usik dan gosok kulit anda, baik tak payah. Bila dah rosak, rugi saja. Cari aktiviti lain untuk menggantikannya. Contohnya, jika anda tiba-tiba rasa teringin nak pegang muka, cepat-cepat genggamkan tangan.

10. Jangan touch up selalu sangat

Bila makeup dah cair, boleh saja touch up, tapi jangan berlebihan kerana lapisan bedak asas pada kulit anda akan nampak tebal dan berat. Lama-lama ia juga akan membesarkan saiz liang pori dan mengeringkan kulit. Jadi bila anda berpeluh, gunakan kertas blot atau tisu untuk memperbetulkan makeup anda sebelum ia rosak teruk.

Foto: Shutterstock/ R.Iegosyn

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Mar 2020
Oh Lawa Mon, 15 Apr 2019
Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Tudung People Aidilfitri 2018 Koleksi Hijab Inspirasi Kisah Hidup Enam Orang Ikon

Tudung People melancarkan rekaan terbaharu iaitu Limited Edition Eden, Dhya Embellished, Swarovski dan Inara Bridal diinspirasikan dari kisah hidup enam orang ikon wanita berhijab sebagai motif rekaan.

Oh Lawa Tue, 27 Feb 2018

Mascara Anda Kering Dan Bergumpal? Ini Cara Mudah Untuk “Cairkannya” Semula

Kegunaan mascara adalah untuk buat bulu mata kita nampak lebat dan lentik. Jadi memang tension kalau mascara tu dah mula bergumpal dan kekeringan, padahal macam baru je beli semalam.

Featured Tue, 3 Mar 2020

3 tekstil kraf ini dikatakan sesuai disimpan di muzium, ini cara memodenkannya

Pereka tempatan tampil dengan rekaan lebih santai

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Oh Lawa Fri, 23 Nov 2018

Khasiat Garam Bukit Untuk Kecantikan Wanita

Garam bukit mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan oleh tubuh badan kita

Featured Wed, 20 Nov 2019

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Gaya dikatakan bersesuaian dengan personaliti

error: Content is protected !!