Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 1, 2021 @ 4:39pm

Individu Bekerja Sendiri Perlu Mohon Permit Pergerakan Baru Mulai 7 Julai

Pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu selepas 7 Julai di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sebelum ini memberikan kelulusan pergerakan secara ‘one off’ kepada pekerja sendiri yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Kelulusan berkenaan yang tamat pada 28 Jun lalu akan diberikan perlanjutan secara automatik sehingga 7 Julai nanti.

“Bagi pergerakan selepas 7 Julai ini di bawah Fasa 1 PPN, tukang paip, penyelenggara serta penjaja tepi jalan (individu bekerja sendiri yang tiada majikan) perlu mengemukakan permohonan permit pergerakan baharu.

“Kelulusan pergerakan baharu itu akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu dipohon semula apabila tamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 14 Nov 2021

Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular. Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang […]

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Tersentuh Nampak Akim…Kenapa Kak Lina Pom Pom Menangis?

Bagusnya Akim, sanggup datang walaupun penat!

Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Rashidi- Vanidah Imran Bawa Haluan Masing-Masing?

Memetik laporan portal hiburan Mstar, Vanidah atau Vee memberitahu dia enggan mengulas gosip berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu.

Featured Fri, 20 Sep 2019
Events Mon, 18 Dec 2023
error: Content is protected !!