Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 12, 2023 @ 2:56pm

“Ingatlah Saya Sebagai ‘Penjahat’ Malaysia Yang ‘Sempoi'” – Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia tidak berhasrat untuk merangkul sebarang anugerah dalam karier lakonannya sebaliknya mahu mutu kerjanya diingati penonton.

Menurut pelakon Polis Evo 3 itu, dia mahu penonton mengingatinya sebagai ‘penjahat’ Malaysia yang ‘sempoi’.

“Saya tak mahu anugerah-anugerah ni. Bagi saja budak-budak (pelakon) baru ni semua. Saya tak mahu anugerah, jujur cakap kerana bukan itu (anugerah) yang saya kejar pun.

“Bukan pencapaian itu (anugerah) yang saya nak. Saya cuma nak saya diingati sebagai ‘villian’ (antagonis) yang paling hebat di Malaysia, itu saja.

“Tak payahlah bagi anugerah, saya tak mahu. Saya minta ingatlah saya sebagai penjahat Malaysia yang sempoi,” katanya.

Memegang watak sebagai Reza dalam filem arahan pengarah Syafiq Yusof itu, Sharnaaz bersyukur apabila rata-rata penonton terkesan dengan lakonannya.

“Saya memang tak sangka orang boleh sayang ‘villain’ pula. Sebab ‘villain’ selalunya akan dibenci, contoh macam watak Sarip Dol. Tapi, mungkin sebab penceritaannya mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri.

“Penerimaan baik penonton pada lakonan saya dalam Polis Evo 3 sangat bermakna. Bagi saya, orang (penonton) dah sayang saya dari segi lakonan pun cukup terima kasih dan syukur banyak. Itu saja yang saya minta,” katanya.

Terkini, Polis Evo 3 sudah mencatat kutipan ‘box office’ sebanyak RM45 juta.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 May 2026

“Perkahwinan Ni Macam Perjudikan Nasib” – Syifa Melvin Simpati Masa Depan Wanita Salah Pilih Pasangan Hidup

Syifa Melvin meluahkan rasa simpati terhadap nasib segelintir golongan wanita yang berdepan ujian rumah tangga.

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Sat, 13 Jan 2024
Hiburan Tue, 25 Mar 2025
Hiburan Tue, 11 Nov 2025
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kaka Azraff Akui Tertekan

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff akui tertekan apabila melihat teman-teman rapatnya sudah mendirikan rumah tangga………

error: Content is protected !!