Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops September 27, 2019 @ 9:00am

Ingin maju dalam kerjaya? Bincang dengan majikan mengenai perkara ini

Satu perkara yang perlu diingat setelah anda memasuki dunia pekerjaan ialah majikan tidak boleh membaca fikiran anda. Jadi, jika anda mempunyai idea atau ilham yang bagus demi memajukan syarikat atau melonjakkan diri dengan pencapaian yang membanggakan, nyatakan kepada majikan.

Ajaklah dia berbincang atau berdiskusi dengan cara yang betul kerana jika anda hanya bersuara di belakang, sama ada berkira-kira untuk memperkatakan suatu idea yang membina atau anda mengumpatnya, dia tidak akan tahu sama sekali.

Tetapi apa yang lebih malang ialah dia juga tidak akan tahu apa cita-cita anda dari segi kerjaya sebenarnya. Takkan anda mahu jadi pekerja bawahan sampai bila-bila atau membina kerjaya dengan berjaya?

Ini bermakna anda sendiri perlu menyatakan perkara berkenaan jika anda mahukan kenaikan pangkat atau gaji. Meskipun ini bukan satu perbualan yang mudah, tetapi menurut Toni Thompson, ia cukup penting bagi seseorang pekerja itu.

Toni bekerja di dalam sektor sumber manusia selama 13 tahun, khususnya untuk laman web pencarian pekerja The Muse. Ia turut menawarkan nasihat kerjaya kepada mereka yang berminat.

Beliau ada kongsikan tiga cara untuk maju dalam kerjaya:

“Pastikan anda tahu apa yang anda buat dan kerja keras.”

Sumber: Getty Images

“Selain itu, bercakap dengan majikan supaya dia tahu berapa banyak gaji yang anda betul-betul mahu, ataupun apa jawatan yang anda ingin sandang dan apa jenis peluang yang anda mahu pada masa akan datang.”

Majikan anda mungkin tidak dapat berikan semua ini serta-merta tetapi ada sebabnya anda perlu memberitahunya awal-awal. Ini adalah kerana jika ada peluang atau tanggungjawab besar yang datang, dia sudah tahu apa yang anda inginkannya.

Jika tiada halangan, dia akan berikan terus tanggungjawab itu kepada anda.

Selain itu, apabila dia sedang berbincang dengan ketua pegawai kewangan mengenai potensi untuk menaikkan gaji pekerja, dia akan cuba untuk mendapatkannya kerana dia tahu ia penting bagi anda.

dqindia.com

Secara kesimpulannya, majikan anda mungkin ada sumber bagi menyediakan anda untuk tanggungjawab yang anda mahu, tetapi sebelum itu dia perlu apa perkara yang anda mahu sebenarnya.

Mengikut pengalamannya, Toni berkata hanya separuh daripada pekerja mengambil inisiatif untuk berbincang dengan majikan mereka mengenai topik ini. Sepatutnya semua orang buat!

Tetapi jangan lupa untuk tunjukkan sebab-sebab anda layak menerima kenaikan pangkat atau gaji yang anda idamkan itu, ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 24 Oct 2018

5 Benda Di Pejabat Anda Yang Ada Kuman Paling Banyak

Lepas membaca artikel ini anda pasti akan lebih gunakan hand sanitizer.

Gaya Hidup Fri, 10 Oct 2025

SELCOFF 2025 Himpunkan Komuniti Kopi Serantau… Aizat Amdan, Bunga Turut Meriahkan Acara!

Festival Kopi Selangor (SELCOFF) 2025 bakal berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober ini di The Curve, Damansara.

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 28 Dec 2018
Filem Wed, 15 May 2024
Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Gaya Hidup Tue, 24 Apr 2018

Buat Kaki Tidur Lewat, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Awal

Masyarakat hari ini sukar untuk memenuhi keperluan untuk tidur lebih awal kerana tuntutan kerja dan gaya hidup yang sibuk.

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga.

error: Content is protected !!