Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin August 6, 2018 @ 12:00pm

Ini Antara Panduan Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Makan Durian

Ya, sekarang ini masih lagi musim durian. Bagi penggemar raja segala buah ini anda jangan tahu makan saja, ya! Anda perlu tahu juga bahawa jika anda salah ‘time’ makan, buah ini boleh memudaratkan kesihatan. 

Lagi-lagi bagi anda yang mengidap penyakit diabetes, anda tidak digalakkan mengambil durian dalam jumlah yang banyak. Ini kerana, durian mengandungi karbohidrat iaitu gula dalam bentuk glukosa dan frukosa yang tinggi.

Ia akan memberikan tenaga yang agak banyak dan menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat, sekaligus memberi kesan buruk kepada organ tubuh.

Kalau anda nak tahu, durian juga mengandungi bahan sulfur yang akan menyebabkan kentut berbau.  Sebelum kentut ini dikeluarkan, anda mungkin berasa kembung perut. 

Foto: TripZilla

Oleh itu, anda perlu tahu panduan ini sebelum makan buah durian. Jom semak!

1. Jangan makan durian bersama makanan tinggi karbohidrat seperti kek manis atau minuman bergas. Ini akan menyebabkan peningkatan gula dengan cepat. 

Bagi anda yang sihat, anda mungkin akan mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam. 

2. Jangan makan durian bersama makanan atau minuman berkafein seperti kopi, teh dan koko. Ini kerana, ia mungkin akan menyebabkan ransangan jantung.

Buah durian yang mengandungi potasium, apabila bergabung dengan kafein, menyebabkan kemudaratan pada jantung. Ia mungkin tidak berlaku kepada semua orang tetapi ia tetap boleh berlaku. 

3. Anda perlu banyak minum air putih. Tahap gula yang tinggi terutamanya apabila anda makan terlalu banyak durian boleh menyebabkan keadaan dehidrasi dan akhirnya mendatangkan kemudaratan. 

Jadi, anda perlu minum air putih dengan secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

4. Bagi anda yang mengambil ubat-ubatan, hati-hati kerana ada ubat yang mudah diserap dalam badan apabila perut diisi dengan makanan dan ada ubat yang perlu diambil ketika perut kosong. 

Jadi tanya doktor dulu bagi mengetahui bila ia sepatutnya diambil. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda makan buah durian.

5. Bagi pesakit kencing manis, tak salah jika anda nak makan durian. Tapi, makanlah dengan kuantiti yang sedikit dan ambil ubat-ubatan dengan segera.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Harian Metro 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 11 Mar 2020

PUNB perkenal pelbagai pakej pembiayaan bantu usahawan wanita

Inisiatif termasuk usahawan terjejas akibat COVID-19

Featured Mon, 9 Mar 2020
Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Belajar Buat Ramen Halal Ketika Melancong Ke Kyoto. Pengalaman Unik Yang Takkan Anda Lupa!

Jika anda ke restoran Ramen Factory di Kyoto, anda bukan saja dapat makan ramen halal, tapi anda boleh juga buat ramen anda sendiri!

Featured Fri, 17 Apr 2020

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Ismail Sabri beri ingatan jangan cuba perdaya pihak berkuasa

Featured Fri, 13 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Kalaulah Ada Nenek Cantik Macam Mereka Ini, Memang Tak Bawa Jumpa Boyfriend

Bayangkan kalau kita ada nenek secantik mereka, agak-agak berani tak kenalkan dengan boyfriend anda? 

Featured Tue, 19 May 2020
Gaya Hidup Wed, 30 Jan 2019

5 cara untuk mengetahui lebihan makanan anda tidak lagi selamat untuk dimakan

Walaupun idisimpan di dalam peti sejuk, tidak semestinya ia boleh tahan lama.

Featured Wed, 30 Oct 2019
Featured Wed, 6 May 2020
error: Content is protected !!