Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal August 28, 2019 @ 11:19am

Ini Berlaku Pada Usus Bila Kerap Minum Boba

Akibat selalu meminum teh boba, seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital akibat usus tersumbat.

Menurut jurucakap hospital awam wilayah Phu Tho, pesakit lelaki, Tran Nhat L, 20, mengalami sakit abdomen dan muntah-muntah sebelum dihantar ke unit kecemasan.

Setelah menjalani imbasan CT, doktor mendapati terdapat sesuatu yang menyekat usus pesakit berkenaan manakala ultrasound menunjukkan berlaku pembesaran usus

Nhat mengalami kesakitan selama 20 hari sejak pertengahan Julai lalu sebelum keadaan menjadi lebih teruk pada awal Ogos ketika dia mengalami kesakitan semasa membuang air besar.

Berikutan itu, dia dibawa ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan. Setelah lima hari menjalani rawatan, pesakit tersebut dihantar ke hospital di mana doktor mendapati usus pemuda berkenaan tersumbat disebabkan sisa makanan yang tidak dihadam.

Kebiasaannya, doktor boleh menjalankan endoskopi dan memisahkan makanan yang tidak tercerna di dalam perut. Namun, disebabkan ketulan makanan di dalam perut Nhat cukup keras dan tidak boleh dipisahkan, doktor terpaksa menjalankan pembedahan.

Setelah menjalankan pembedahan ke atas usus kecil dan perutnya, doktor berjaya mengeluarkan dua ketulan hitam dari kedua-dua organ berkenaan.

Nhat yang ketagih dengan teh susu sering mengambil minuman berkenaan dan tidak makan nasi sejak bekerja di gerai minuman ringan berkenaan.

Berikutan itu, doktor berpesan agar orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan mengehadkan pengambilan makanan segera, snek, minuman ringan serta mengambil ubat cacing secara berkala.

Untuk mengelakkan gangguan pencernaan akibat sisa makanan, kita disarankan untuk mengambil makanan tinggi serat, mengunyah dengan betul dan minum air pada kuantiti yang cukup.

Sumber: Vietnam Net

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 14 Mar 2018

此生必备!这3大暖星座=超级好朋友

人的一生中,来来去去的人很多,尤其随着大学毕业踏入职场后,你会发现,满溢快乐与悲伤的情绪却没人能分享吗?正所谓「朋友重质不重量」,知心的朋友有几个,胜过酒肉朋友一大票,但怎么知道哪些人能有福同享、有难同当呢?

LIFESTYLE Sun, 14 Jan 2018

各年龄「黄金睡眠时间」大公开!每天睡足8小时了?

你一天都睡多久呢?相信许多人都曾听过每天最好睡满8小时比较健康的说法,但其实8小时只是一个平均值,并非都适合每一个人。各年龄层都有不同的「黄金睡眠时间」,所以你每天都有睡足吗?

LIFESTYLE Wed, 13 Jun 2018

如何减肥不复胖?掌握「5大减重法」让你永远当瘦子

好不容易瘦身成功,却不知道如何维持?许多人为了保持身材而绞尽脑汁,运动、节食毫不手软,但却在成功那刻放松下来,多数人会渐渐开始复胖,甚至变得比以前更胖!

LIFESTYLE Mon, 24 Sep 2018

彩妆大师小凯101携全新彩妆品牌来马

相信大马人对小凯老师并不陌生,但这次他带着亲自研发的全新彩妆品牌来马,于10月1日进行唯一的一场见面会。

LIFESTYLE Wed, 21 Nov 2018

「相爱是互相的妥协」感情中你最怕牺牲的是?

谈感情总有些事该牺牲,而你害怕牺牲什么?

Events Fri, 4 Oct 2019

‘Dah Macam Pesta Coachella’- Karnival Starlight Pertama Di Genting Bawakan Zouk Secara Live!

Karnival ini raikan pesta Oktoberfest, Zouk Live dan banyak lagi!

LIFESTYLE Wed, 2 Jan 2019

Taiping Just Got a Wonderful Record in World’s 100 Sustainable Cities

It’s the only Malaysian city to make it into the list.

LIFESTYLE Mon, 15 Oct 2018
Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Buka Puasa at with a Variety of the Best Malaysian Cuisines All in One Place

You won’t have to travel far and wide just to find all your favourites.

LIFESTYLE Sun, 24 Mar 2019

Kesalahan Bil Elektrik Melambung Tinggi Sebab Guna Aircond

Bila cuaca panas, pastinya orang ramai akan lebih suka duduk di rumah atau ditempat yang berhawa dingin. Malah dalam satu kajian yang dilakukan jumlah penggunaan penghawa dingin telah meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun. […]

error: Content is protected !!