Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin April 11, 2018 @ 4:54pm

Ini Rahsia Air Kelapa Yang Anda Tidak Tahu, Baik Untuk Kesihatan Dan Kecantikan!

Ketika cuaca panas, minum air kelapa memang melegakan. Selain untuk melepaskan dahaga, air kelapa juga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Jika kita mengimbau zaman kanak-kanak, kalau kita demam ibu akan menyuruh kita untuk minum air kelapa kerana ia dapat membantu menurunkan suhu badan dengan cepat.

Terdapat kajian menyatakan bahawa air kelapa yang diminum kaya dengan potasium dan mineral. Air kelapa juga mengandungi gula di antara 1.7 hingga 2.6 peratus, manakala kandungan proteinnya adalah di antara o.07 hingga 0.55 peratus.

Kalau anda nak tahu, air kelapa boleh dijadikan penawar bagi tubuh yang beracun kerana ia mampu melarutkan racun dalam perut buat sementara waktu. Selain itu, air kelapa juga mengandungi vitamin C yang baik untuk kesegaran kulit. Bagus kan air kelapa ini? 

Nak tahu lagi tentang khasiat air kelapa? Ini kami kongsikan antara khasiat yang boleh anda perolehi:

Foto: Tengku Asmadi

1. Menghilangkan jerawat

Foto: Hronika.com

Kalau ada jerawat tumbuh, mesti kita akan rasa geram dan ingin memicitnya kan? Tapi tahu tak tabiat memicit jerawat ini sebenarnya tidak elok? Ia juga akan meninggalkan parut yang berkekalan. Apa kata anda cuba cara alternatif ini? Masukkan sedikit kunyit hidup yang telah diparut ke dalam segelas air kelapa, dan biarkan semalaman di dalam peti ais. Kemudian, tambahkan sedikit serbuk kayu cendana dan simpan selama tiga hari. Selepas itu, sapukan sedikit ramuan tadi pada bahagian yang berjerawat sebanyak dua kali sehari.

2. Mencegah rambut beruban

Foto: Ladiescalender

Air kelapa juga boleh bantu cegah rambut beruban. Campurkan air kelapa dengan satu sudu garam. Pastikan rambut anda bersih terlebih dahulu, dan sapukan ramuan tadi pada rambut sambil menggosok perlahan selama beberapa minit. Kemudian bilas sehingga bersih. Ulang seminggu sekali.

3. Wajah berseri

Foto: Nakita.ID

Jika anda ingin mengekalkan seri wajah, anda hanya perlu menyimpan secawan air kelapa selama satu malam. Kemudian, sapukan air tersebut pada wajah dan biarkan selama sejam. Selepas itu, bilas sehingga bersih.

4. Mengelakkan kedutan wajah

Foto: Wonder Glow

Anda juga boleh membasuh muka dengan air kelapa pada setiap hari bagi mengelakkan kedutan atau melambatkan proses penuaan wajah. Waktu pagi merupakan waktu terbaik!

5. Cantikkan tapak kaki

Foto: Maskulin

Bagi anda yang mempunyai masalah tumit atau kaki yang merekah, kasar dan menggelupas, anda bolehlah mencuba cara ini. Rendamkan segenggam beras dalam air kelapa selama 7 jam. Setelah itu, tapis beras tersebut dan tumbuk sehingga halus. Sapukan ia pada tapak kaki anda yang bermasalah itu.

Sebenarnya sebiji kelapa mempunyai banyak khasiatnya untuk kita. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. 

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Tiada berus untuk meratakan bedak asas pada wajah? Guna jari pun boleh!

Penggunaan jari menjimatkan masa dan hasilnya lebih menawan.

Oh Lawa Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Penting Anda Perlu Buat Sebelum Makeup

Persediaan sebelum bersolek juga amat penting untuk dilakukan bagi memastikan impak solekan tampak gorgeous dan menawan.

Featured Wed, 29 Jan 2020
Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Oh Lawa Mon, 22 Oct 2018

STAILOZ, Inner Tudung Dengan Teknologi ‘Titan Tech’ Yang Memberi Kebaikan Pada Tubuh

Pereka terkenal Kem Salleh pilih inner tudung
dengan pembuatan berteknologi sebagai modul perniagaannya.

Oh Lawa Fri, 27 Apr 2018

Bukan Sekadar Sedap, Strawberi Juga Manfaat Untuk Cantik & Sihat

Buah strawberi boleh buat kulit anda bertambah cantik. Tapi bagaimana ya?

Featured Thu, 5 Sep 2019
Oh Lawa Mon, 14 May 2018

14 Pakaian Luar Biasa Yang Pernah Diperagakan Oleh Lady Gaga, Pelik-Pelik Belaka!

Tak ada siapa lagi yang dapat menandinginya daripada segi kreativiti dan keberanian.

Oh Lawa Mon, 24 Jun 2019
error: Content is protected !!