Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2025 @ 7:02pm

Insiden Simbah Asid Babitkan Faisal Halim, PDRM Gagal Temui Petunjuk

Kes serangan simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang berlaku setahun lalu diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Memetik laporan Berita Harian, perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha dalam satu sidang media yang berlangsung di Kajang, hari ini.

Menurut Nik Zarith, keputusan itu dibuat selepas siasatan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal menemui sebarang bukti atau petunjuk.

“Surat terbabit menyatakan PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek,”katanya kepada pemberita.

Terdahulu, pada 5 Mei 2024, pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey, menjadi mangsa serangan apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali, menyebabkan beliau mengalami kecederaan melecur tahap empat dan perlu menjalani beberapa pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut.

Insiden tersebut mencetuskan reaksi besar di peringkat negeri apabila dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Julai 2024, satu usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet telah diluluskan secara sebulat suara oleh semua ADUN.

Selain itu, ADUN Selangor turut mendesak agar siasatan menyeluruh dijalankan dan hasil siasatan tersebut didedahkan kepada umum bagi memastikan keadilan ditegakkan serta memberi mesej jelas menolak sebarang bentuk kekerasan terhadap atlet negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Nekad Tamatkan Karier, Faisal Halim Kembali Semangat Lepas Diberi Jaminan Keselamatan – “Sanggup Hilang Gaji Puluh Ribu, Asalkan Saya & Keluarga Selamat”

ARTIKEL BERKAITAN:Luka Masih Basah, Faisal Halim Perlu Jalani Rawatan Mingguan

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Simbah Asid Faisal Halim, Kulit Paha Bakal Jadi ‘Korban’… Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 26 Sep 2024

Tampil Memukau! Bernadya Berjaya Bikin Lebih 900 Peminat ‘Healing’

Tiap bait litik lagu tu memangggg 🔥🔥🔥

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Trending Mon, 31 May 2021

Dek Kerana Terlalu Penat, Dr Noor Hisham Rayu Rakyat Bantu Frontliners

Gaisss… tolong patuh SOP untuk 2 minggu ni je!

Featured Thu, 1 Dec 2022

Anak Rela Dipenjara Kerana Mahu Merasai Kasih Sayang Ibu, Rindu Kasih Isi Slot Samarinda TV3

Tiada harta yang setinggi nilai curahan kasih sayang ibu kepada anak. Namun begitu, Khalid perlu menyara dan membesarkan anaknya, Salina, yang masih kecil seorang diri tanpa kasih sayang daripada seorang ibu. Mengisi slot Samarinda TV3, […]

Featured Wed, 30 Jul 2025
error: Content is protected !!