Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal January 20, 2020 @ 11:07am

Insomnia Akibat Makan Roti Putih?

Saintis di New York City mencadangkan bahawa pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan tahap gula dalam darah naik dengan tinggi sehingga mengakibatkan badan melepaskan hormon punca seseorang individu itu sukar tidur. Turut dipercayai bahawa individu wanita lebih berusia yang makan makanan bergula dan roti putih akan cenderung mengalami insomnia.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition ini telah mengkaji buku harian makanan bagi lebih daripada 50,000 individu wanita pertengahan usia 60-an. Responden wanita yang terlibat dalam kajian ini telah melalui proses menopaus dan tahap indeks glisemik diet mereka telah dicatatkan oleh saintis.

Pengukuran indeks glisemik diet ini akan mengukur kesan makanan kepada gula dalam darah seseorang individu. Ini kerana makanan tinggi lemak atau protein mempunyai kandungan indeks glisemik lebih rendah berbanding makanan tinggi karbohidrat dan gula, yang akan mengakibatkan peningkatan tahap gula dalam darah.

Analisis penyelidikan

Analisis catatan dalam buku harian yang dilakukan mendedahkan pengambilan bijirin yang diproses dan gula dikaitkan dengan keadaan tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini juga dikaitkan dengan timbulnya keinginan untuk makan dengan lebih banyak, sekali gus turut akan memberikan kesan terhadap badan.

Berdasarkan kajian mendapati wanita dengan skor indeks glisemik diet tertinggi adalah 11 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami insomnia berbanding individu wanita yang mempunyai tahap skor indeks yang paling rendah.

Selain itu, responden wanita yang terlibat dalam kajian ini juga adalah 16 peratus lebih berkemungkinan untuk membangunkan masalah insomnia dalam tempoh susulan kajian jika mereka mengambil terlalu banyak makanan tinggi kandungan gula.

Individu wanita yang diet pemakanannya melibatkan pengambilan sayur-sayuran, serat dan buah-buahan (bukan jus) adalah sangat tidak berkemungkinan untuk mengalami insomia atau mengembangkan risiko untuk membangunkannya.

Walaupun buah-buahan, secara umumnya mempunyai kandungan gula yang tinggi. Namun, buah-buahan juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu mengurangkan peningkatan gula dalam darah. Keadaan ini sekali gus menjadikan ia sebagai makanan rendah indeks glisemik.

Hasil kajian

Menurut pengarang utama kajian, merangkap pakar psikiatri di Columbia University, Dr James Gangwisch, “Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan membuktikan pemilihan dan pengambilan diet pemakanan tertentu adalah penting kepada individu yang mempunyai masalah insomnia.”

”Maka, jika seseorang ingin menghindari daripada berdepan dengan masalah insomnia, mereka perlu mengelakkan pengambilan makanan bergula serta mengawal berat badan,” ujar Dr James lagi.

Tindak balas badan

Walaupun kajian ini tidak menjelaskan mengapa pengambilan gula dan makanan karbohidrat diproses seperti roti putih, kek, pastri dan pasta boleh memberikan kesan terhadap kuantiti tidur seseorang, namun Dr James mempercayai perubahan hormon akibat pengambilan makanan tersebut boleh menjadi faktor mendasari.

Dr James menjelaskan, “Apabila gula dalam darah naik secara mendadak, badan anda akan bertindak balas dengan melepaskan insulin. Situasi ini akan menyebabkan penurunan gula dalam darah, sekali gus mengakibatkan pelepasan hormon seperti adrenalin dan kortisol. Hormon-hormon tersebut boleh mengganggu tidur.

Apa kata pakar?

Seorang penyelidik dari Tufts University di Boston yang tidak terlibat dengan penyelidikan ini, Dr Jose Ordovas berkata, “Kesan yang berlaku mungkin sebaliknya.”

Beliau berpendapat bahawa, wanita yang tidak dapat tidur akan cenderung untuk berdepan dengan diet yang tidak sihat. Ini kerana keletihan yang dialami akan meningkatkan pengambilan makanan ringan.

”Menggunakan kajian ini sebagai asas kepada pencegarah dan rawatan insomnia adalah sangat tidak kukuh,” ujar Dr Jose.

Selalunya doktor akan menyarankan diet rendah glisemik kepada individu yang perlu menurunkan atau mengawal kadar gula dalam darah mereka. Ini termasuk mereka yang menghidap diabetes, perlu menurunkan berat badan ataupun membangunkan tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.

”Untuk mendapatkan tidur yang lebih baik mungkin boleh dijadikan sebab lain untuk mengamalkan pemakanan rendah glisemik. Selain itu mesej utama dalam kajian ini adalah untuk menghadkan pengambilan karbohidrat diproses seperti roti putih dan gula tambahan yang berisiko untuk membangunkan atau memburukkan lagi insomnia,”  ujar Dr Jose.

Insomnia adalah satu keadaan biasa yang mempengaruhi tidur anda dan ia boleh berlaku kepada sesiapa. Walau jika keadaan yang anda hadapi semakin kronik, pastikan anda mendapatkan bantuan profesional.

Sumber :  Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

抗老除皱?胶原蛋白该怎么吃

近几年更推出胶原蛋白饮,标榜只要天天喝,细纹就会慢慢不见,成为出国旅游的必买战利品。只是,它的功效真的有那么神奇吗?

LIFESTYLE Wed, 20 Nov 2019

Anak Kedua Lebih ‘Nakal’ Dari Anak Sulung Betul Ke?

Ha.. betul ke tak ini hanyalah kajian , jangan diambil serius pula ye

LIFESTYLE Wed, 3 Jan 2018

Tips ”Awesome” Menggunakan LinkedIn Untuk Dapat Kerja

berkongsi cara menggunakan LinkedIn untuk dapatkan panggilan temuduga. Buat yang sedang mencari kerja, semoga tips ini mampu membantu anda.

LIFESTYLE Fri, 5 Oct 2018

「恐怖之夜」全马最大型的万圣节庆典!

由马来西亚双威主题乐园举办的「恐怖之夜」又回来啦!迈入第六个年头的全马最大型万圣节庆典,恐怖将升级,势必让人感受到一种前所未有的恐惧。

LIFESTYLE Mon, 2 Dec 2019

回忆童年美好!全马首个「Barbie & Hot Wheels」主题乐园

这个学校假期,你可勇于挑战一切找回你的童年!

LIFESTYLE Sat, 29 Jun 2019

Bahaya Simpan Makanan Dimasak Dalam Peti Sejuk Lebih Dari Empat Hari

jangan kerana sayang nak membazir kesihatan sendiri diabaikan

LIFESTYLE Fri, 26 Oct 2018

Parti ‘Chinckenpox’, Anjuran Ibubapa Anti-Vaksin

Parti ‘Chinckenpox’, Parti Pelik Anjuran Ibubapa Anti-Vaksin Untuk Bina Antibodi Anak Secara Semula Jadi

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Jamu Untuk Ibu Mengandung Memang Wujud Ke?

Maka, semaklah terlebih dahulu tentang sesuatu ubatan tradisional dengan merujuk doktor, klinik, badan profesional, atau Portal Kementerian Kesihatan Malaysia. 

LIFESTYLE Mon, 4 Nov 2019
Fab Foodies! Wed, 18 Apr 2018

经痛时,吃颗巧克力就对了?

不少女性生发现在生理期前夕,特别渴望能来点巧克力。主要是因为月经来潮前,体内黄体素含量升高,会引起女性想吃高脂肪食物的欲望。但巧克力真能缓解经痛?

error: Content is protected !!