Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 23, 2022 @ 6:37pm

Iqbal Zulkefli Dedah Kisah Sebalik Cincin Permata RM100,000 Dalam MV Ku Ikhlaskan, Rupa-Rupanya…

Konflik percintaan antara usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli kini hangat kembali apabila jejaka berusia 27 tahun itu mendakwa muzik video (MV) lagu terbaru DSV ‘Ku Ikhlaskan’ ditujukan kepadanya.

Menurut sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, Iqbal memberitahu bahawa penyanyi lagu tersebut mengakui MV lagu Ku Ikhlaskan mempunyai kaitan tentang hubungan cinta tidak kesampaian pada suatu masa dahulu.

“Ramai yang tanya, adakah saya rasa lagu Ku Ikhlaskan nyanyian Datuk Seri Vida ditujukan untuk saya?

“Ya, dari awal beliau bagitahu begitu dan di saat pertama lagu itu, kalau perasan muka yang dipangkah dalam gambar atas meja itu adalah muka saya,” tulisnya.

Menerusi beberapa hantaran lain di Instagram Story miliknya, Iqbal mendedahkan bahawa DSV pernah beberapa kali menawar untuk membelikan barangan mewah, namun Iqbal tidak menerimanya.

“Cerita di sebalik cincin ini sebenarnya begini, dulu Datuk Seri Vida selalu mahu berikan hadiah kepada saya.

“Seperti jam, bag, pakaian yang berharga ratusan ribu tetapi tidak pernah sekali saya terima kerana mahu jaga hati staf-staf lain yang sudah lama bekerja.

“Lagipun saya tidak mahu terhutang budi dan disalah anggap saya mahukan harta orang.

“Saya tidak pernah terima apa pun barangan dari Datuk Seri Vida. Saya selalu bagi hadiah barangan berharga kepada beliau, banyak orang tidak tahu.

“Apa yang orang tahu cuma hadiah bag bernilai RM30,000 sahaja yang saya berikan,” tulisnya.

Mengulas mengenai kisah disebalik cincin permata dalam MV tersebut, Iqbal mengakui bahawa dia hanya meminta sebentuk cincin daripada DSV untuk menjadi satu tanda dan dipercayai mahu menunjuk-nunjuk kepada orang ramai.

“Tiga tahun lalu, satu-satunya benda yang saya minta dengan Datuk Seri Vida, permata tersebut untuk banggakan kepada orang ramai bahawa ini pemberian daripada beliau.

“Supaya setiap kali saya bersiaran di televisyen orang boleh nampak. Lagipula cincin itu ada nilai tinggi,” tulisnya.

Tambah Iqbal lagi, dia mendedahkan bahawa DSV pernah berhasrat untuk memberikan hadiah sebentuk cincin permata kepadanya, namun diendahkan sehingga Iqbal seakan tawar hati.

“Kami sering bercakap tentang permata itu bertahun-tahun, berkali-kali beliau bagitahu ingin hadiahkan keapda saya tetapi beliau sering abaikan.

“Saya kecil hati kerana setiap apa yang beliau minta, saya boleh tunaikan dalam sehari sahaja. Tetapi beliau, tidak pun serius untuk saya.

“Jam tiga pagi beliau datang rumah saya, beliau kata “kalau awak tidak sanggup berkahwin dengan saya pun, terimalah permata ini untuk tebus kesilapan saya.

“Saya masih kuat ingat ayat yang beliau sebut ‘sebagai orang yang pernah awak sayang dalam hidup awal.

“Permata tersebut memang mahal harganya. Anggaran boleh dinilai lebih RM100,000 ke atas.

“Beliau tidak pernah tunjuk kepada orang lain selain saya dan anak-anak. Tetapi itu bukan kerana mahalnya permata itu. Saya mampu beli sendiri,” tulisnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Dec 2025

Anzalna Nasir Syukur Suami Izin Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa – “Dia Mampu Sediakan Semuanya”

Anzalna syukur suami mampu sediakan keperluan dan memberi keizinan untuknay menjadi suri rumah sepenuh masa.

Featured Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

卢广仲大马站演唱会1111光棍节开票!定档12月来马宣传

卢广仲将于2020年1月4日巡回到吉隆坡,而期待已久的开票日,终于定案「光棍节」11月11日,早上11时网络上公开发售!已经定档12月来马宣传的卢广仲也喊说要趁机去古城马六甲玩。

Featured Mon, 30 Jun 2025

Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat ‘Restu’ Daripada Bapa

Ameera mengakui masih belum mendapat restu daripada bapanya.

Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Wed, 5 Jun 2019

‘Kehilangan Masih Terasa’- Jalaluddin Hassan Sebak Rai Syawal Tahun Ini

Walaupun sudah beberapa bulan arwah pergi, kehilangannya masih terasa…

Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Farah Nabilah Tunang Senyap-Senyap?

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Farah Nabilah okay!

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
error: Content is protected !!