Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 2, 2023 @ 5:30pm

Isu Anak & Bekas Isteri Didakwa Perselisihan, Ajai Mohon Beri Masa ‘Settle’ Masalah – “Ia Tak Beri Tekanan Pada Saya”

Komposer yang juga merupakan juri tetap program hiburan popular, Famili Duo iaitu Ajai tidak menganggap isu perselisihan membabitkan anak perempuannya, Ayu Nazirah dan bekas isterinya sebagai satu beban.

Menurutnya, perselisihan faham yang berlaku antara kedua-duanya adalah perkara normal, namun disebabkan dia dan bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Wahab merupakan selebriti, maka isu itu menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

“Pada saya, saya tak fikirkan benda ni sebagai pressure (tekanan). Benda tu adalah normal. Kalau saya tak selebriti pun akan ada isu atau masalah macam ni juga. Rasa merajuk macam ni, kadang anak merajuk dengan bapa. Bila merajuk dekat bapa, anak lari dekat mak. Kadang anak pun jadi lalang juga.

“Tak ada masalah pun sebenarnya, biasalah tu kalau ada salah faham antara ibu dengan anak atau bapa dengan anak. So, ni nak tunggu mak dia tak merajuk lagi lah. It takes time.  You kena mainkan peranan juga lah, tak boleh salahkan dua-dua.

“Pada kami (Ajai dan isteri) tak ada sebab pun untuk kami nak mengaibkan seseorang. Family tetap family. Tak ada masalah pun, suka hati kamu lah nak cakap apa. Sebab kita selebriti nak buat macam mana? Buat baik pun kena, tak buat baik pun kena. Sesiapa pun akan bertindak untuk menjaga family masing-masing,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran dan showcase program Famili Duo yang diadakan di IOI Mall, Putrajaya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Ajai Tak Nak Masuk Campur Isu Babitkan Anak & Bekas Isteri – “Pada Saya itu Hal Peribadi Antara Mereka”

ARTIKEL BERKAITAN:”Kami Sakit Dia Jaga.. Ayu Anak Yang Baik” – Hanya Luah Isi Hati, Nourul Depp Minta Henti Buat Andaian Sendiri

AJAI NASIHAT ANAK

Mengulas lanjut, Ajai memaklumkan, hubungannya dengan Ayu masih baik, namun dia kekal dengan pendirian untuk tidak masuk campur urusan pertengkaran tersebut dek kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Saya rasa okay je, sebab saya sentiasa berkomunikasi dengan dia, baru semalam call dia. So, saya rasa tak ada masalah. Dan dia dengan mak dia, itu saya tak tahu. Biasalah perempuan dengan perempuan ni dia lambat sikit nak baik,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Dalam Gambar Ni Dah ‘Mati’ Masa Besarkan Anak Gadisnya” – Kapsyen Nourul Depp Cetus Tanda Tanya?

ARTIKEL BERKAITAN:Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Sekadar info, Famili Duo 3 (FD3) bakal menemui penonton bermula 15 Oktober 2023, pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim secara langsung  melalui Tonton di www.tonton.com.my .

Enam pasangan keluarga telah dipilih untuk menghangatkan suasana pentas mingguan FD3. Namun, hanya lima pasangan sahaja diumumkan pada majlis sidang media tersebut memandangkan pasangan keenam akan ‘disimpan’ sebagai kejutan dalam program tersebut.

Lima pasangan yang telah diumumkan adalah,  Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Sun, 3 May 2020

Lisa Surihani luah rasa rindu? Siapa gerangan yang dirindui?

Turut kongsi cara kekal hidrat dan cantik ketika Ramadan

Featured Mon, 23 Feb 2026

“Tak Ada Lebih Makbul Dari Doa Seorang Ibu” – Isteri Aliff Syukri Simpati Nasib Amyza Aznan & Anak-Anak

Shahida meluahkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pelakon dan pelawak, Amyza Aznan.

Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!

Trending Tue, 1 May 2018

Hari Penghargaan Bagi Anda Yang Bekerja, Jom Kenal Sejarah Hari Pekerja!

Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Featured Fri, 23 Apr 2021

Kadar Fidyah Di Selangor & Pembayaran Secara Online

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah Tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah […]

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Wed, 13 Oct 2021

“Tak Habis Fitnah Orang Lain & Promote Kebodohan Sendiri..”- Ustaz Abu Syafiq Promosi Sijil Vaksin Palsu, Netizen Minta Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular mengenai kes seorang pendakwah yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq mengupas beberapa isu sensitif berkaitan agama di laman sosialnya yang boleh mengundang salah faham orang ramai. Terbaru, Abu Syafiq sekali lagi menjadi […]

Featured Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!