Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 12, 2025 @ 12:33pm

“Itu Biadap! Tolong Jangan Cakap Penampilan Wanita Nampak Murah” – Intan Najuwa ‘Ajar’ Netizen Mulut Puaka

Penampilan pelakon jelita, Datin Intan Najuwa dalam busana kurung moden berona hijau baru-baru ini ternyata menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, rata-rata warganet memuji gaya elegan serta pemilihan warna yang menyerlahkan lagi kejelitaan pelakon berusia 26 tahun itu.

Namun di sebalik pujian yang diberikan, seorang pengguna media sosial mendakwa baju dan penampilan aktrs itu kali ini kelihatan ‘murah’.

“Nampak singlet terus nampak gaya cheap,” tulis individu berkenaan.

Sentiasa lantang memberikan teguran kepada pengikutnya di media sosial, aktres itu bagaimanapun tampil memberikan respons mengenai pakaian ‘singlet’ murah seperti yang didakwa individu terbabit merupakan set busana lengkap.

“Baju bahagian dalam tu dah sekali dengan kurung sebagai satu set,” jelasnya ringkas.

Selain itu, Intan turut menegur sekaligus ‘mengajar’ bahawa tindakan individu tersebut mengkritik dan meninggalkan komen ‘jahat’ mengenai penampilan orang lain menggunakan bahasa yang kurang sopan adalah biadap.

“Tolong jangan suka hati cakap perempuan lain nampak murah, itu sangat biadap,” tegas Intan.

Tindak balas Intan itu menerima sokongan apabila ramai  yang memuji keberaniannya bersuara dan menegur komen yang dianggap melampau.

Bahkan, rata-rata bersetuju mengenai budaya meninggalkan komen negatif dan menjatuhkan maruah orang lain perlu dihentikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

“Kau Bukan Sempurna Pun Nak Hina Anak Aku” – Ini Jawapan Aliff Syukri Apabila….

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab tohmahan yang dilontarkan oleh netizen terhadap anaknya, Ammar Ahyyan. @aliffsyukriterlajaklaris Replying to @user1467650542330 ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian yang dibuat di laman TikTok, Aliff menjelaskan dia […]

Hiburan Wed, 12 Jul 2023

Sebaknya! Caprice Bantu Bakal Atlet Negara Dari Keluarga Miskin Raih Perhatian, Siap Buat ‘Surprise’ Tan Boon Heong Lagi!

Min pun sebak, moga Caprice dan keluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki💖

Hiburan Fri, 5 Dec 2025
Hiburan Wed, 1 Nov 2023
error: Content is protected !!