Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2019 @ 2:00pm

Izzmad Harun Tak Kisah Digelar ‘Wajah Charity’

Penyanyi Izzmad Harun mengaku tidak kisah digelar ‘wajah selebriti charity’ memandangkan sering turun padang menjalankan program amal.

Kata Izzmad atau nama sebenarnya Mohammad Hazwan Harun, dia mahu mengambil peluang turut serta dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

“Ini mungkin peluang dan ruang untuk saya mengumpul saham akhirat. Saya tidak kisah kalau orang sering lihat saya menyanyi di program amal kerana saya seronok lakukannya.

“Walaupun tanpa sebarang bayaran, keseronokan yang saya terima amat luar biasa. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Jika diberi peluang di masa akan datang, saya mahu teruskan. Doakan saya terus sihat dan diberi kudrat untuk terus turun padang untuk turut serta membuat kutipan amal,” katanya kepada Xtra.

Penyanyi berusia 24 tahun ini ketika ditemui di sidang media Busking Permata Kasih Untukmu AFI Prihatin 2.0 memberitahu dia amat berterimaa kasih dengan penyanyi Aiman Tino dan Fara Hazel.

“Saya pun terkejut bila Aiman mengajak saya untuk sertai program amal bersama kakaknya, Fara. AFI membawa maksud Aiman, Fara dan Izzmad dikira sebuah ‘jenama’ yang akan bergerak agresif menghiburkan penonton sambil mengutip derma bagi yang memerlukan bantuan.

“Saya tidak fikir panjang, terus setuju bila dijemput menyertai program ini. Insha Allah, jika ada peluang bersama mereka lagi, saya sedia menghiburkan orang ramai tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya. 

 
 
 
View this post on Instagram

??? ???? ORANG ORANG BAGAN DATUK DAN YANG BERDEKATAN… JEMPUT DATANG SEMUA.. KITA BERHIBUR SAMBIL MENDERMA.. Segala kutipan derma anda semua akan disalurkan kepada:- -HAZIQ xvokalis putra band @itsme_hzqq ( mangsa kemalangan yang melibatkan kecederaan kaki yang parah) -RAYYAN kanak2 berumur 4tahun (kanser darah stage 2) Projek Santai Busking permata kasih untukmu3.0 Akan diadakan pada TARIKH: 21hb September 2019(SABTU) MASA: 8mlm hingga 12tghmlm TEMPAT: DATARAN BAGAN DATOK PERAK bersama KAMI TEAM AFI PRIHATIN iaitu AIMAN TINO @official_aimantino FARA HEZEL @official_farahezel IZZMAD HARUN @izzmadharun dan bersama Rakan2 selebriti yg lain seperti @kamalofficial_1 @danial_dadiliaband @atykaaqylla Dihoskan oleh Ianz Faris @ianzfaris_jankovic Disensasikan oleh @myreneuf Disegarkan oleh @pyorr_official Diiringi muzik dari #jeebuskers #jomdatang #beramairamai #berhibur #sambil #menderma #bagandatuk #telukintan DATANG JANGAN TAK DATANG..DATANG JANGAN TAK DATANG… ” Dermalah Seikhlas Hati Anda Walaupun Hanya RM1″ #mediafrens all of you are cordially inivited?. Anjuran: @official_aimantino @official_farahezel @izzmadharun yusri ishak @yusririena @ianzfaris_jankovic @rosnizamohdrafit @sitimanjarana

A post shared by Izzmad Harun Empire(Official) (@izzmadharun) on

Terdahulu, AFI telah menghiburkan peminat di Bagan Datuk, Perak pada 21 September lalu. 

Seterusnya, busking Permata Kasih Untukmu bakal diadakan pada 7 Disember ini bertempat di BMC Mall, Cheras bagi memungut dana membantu adik Akif yang menghidap kanser Leukimia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

Hiburan Sun, 2 Mar 2025

“Denda RM3,000 Terhadap Aliff Aziz, Ruhainies Adalah Hukuman Maksimum Mahkamah Syariah Bagi Kesalahan Khalwat” – Menteri Agama

Menurut Menteri Agama, mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman lebih berat kerana tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Hiburan Wed, 15 Oct 2025
Featured Fri, 12 Sep 2025

“Dia Sendiri Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti” – Pantun 4 Kerat Nafiz Muaz Cetus Spekulasi?

Netizen terhibur dengan inisiatifNafiz berbals pantun bersama pengikutnya.

Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Featured Tue, 23 Aug 2022
error: Content is protected !!