Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 14, 2025 @ 8:48pm

Jaclyn Victor Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan, Syukur Suami Pendengar Yang Baik

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menegaskan tiada sebarang niat untuk menyembunyikan perkahwinan kali kedua bersama seorang paderi, Calvin T Samuel.

Menurut Jaclyn, keputusan untuk tidak menguar-uarkan berita bahagia itu dibuat demi menjaga privasi, apatah lagi ini bukan perkahwinan pertamanya.

“Bukan saya mahu berahsia, tapi dengan usia saya sekarang dan ini pula bukan perkahwinan pertama, saya rasa tak perlu nak hebohkan. Biarlah jadi momen peribadi yang membahagiakan saya.

“Saya tahu malam itu (majlis perkahwinan), rakan-rakan pasti akan muat naik di media sosial. Tapi saya memang pilih untuk tidak kongsi secara terbuka. Ini soal kehidupan peribadi,” katanya.

Selebriti berusia 46, turut berkongsi dia kini bahagia melayari kehidupan sebagai isteri, namun tetap berpijak di bumi nyata dan tidak mahu terlalu selesa dalam rumah tangga yang baru dibina.

“Setakat ini saya baik-baik sahaja dan saya merasakan berada di dalam kehidupan yang gembira. Tidak selalu kita akan berjumpa dengan individu yang boleh serasi dengan kita dan boleh terima kita seadanya.

“Namun, saya tidak boleh terlalu selesa dengan perkahwinan dan perlu memastikan perhubungan itu sentiasa baik,” katanya.

Jaclyn berkata demikian ketika ditemui di sidang media An Intimate Afternoon with Bunga Citra Lestari di Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai suami tercinta, Jaclyn menyifatkan Calvin yang juga seorang bapa tunggal sebagai lelaki penyayang, pendengar yang baik serta sangat rapat dengan anak-anaknya.

“Saya suka lelaki tinggi, berkulit gelap dan tampan. Tapi lebih dari rupa, saya suka cara dia layan anak-anak saya. Dia banyak luangkan masa dengan mereka.

“Dia juga sangat tenang dan mudah untuk saya kongsi apa-apa. Senang nak berkomunikasi dengannya. Itu yang buat saya rasa selesa,” katanya.

Sementara itu, Calvin yang berasal dari Barbados mendedahkan dia pertama kali bertemu Jaclyn sekitar tahun 2023 ketika penyanyi itu membuat persembahan di sebuah majlis amal.

“Kami berjumpa masa saya sedang bercuti sabatikal. Saya hadir ke satu acara amal dan Jaclyn membuat persembahan di sana. Itu kali pertama kami bersua.

“Saya terus tertarik dengan kerendahan hati dan sikapnya yang menakjubkan,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Jaclyn pernah berkahwin dengan penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 namun berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.

Jaclyn dan Calvin telah sah bergelar suami isteri pada 25 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 24 Nov 2024

Zul Ariffin ‘Tersasul’ Minta Doa Dikurniakan Empat Isteri – “Berdoa Pun Boleh Tersasul, Sebab Cuaca Kot”

Zul Ariffin mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek di platform media sosial miliknya.

Trending Mon, 2 Mar 2020

Firasat Ashraf Akan Meninggalkan Noah, Lukisan Noah Untuk Ashraf Sinclair Punya Maksud Tersirat?

Kehilangan Ashraf Sinclair sejak minggu lalu masih terasa di hati insan-insan terdekat. Ashraf meninggal berpunca daripada masalah komplikasi masalah jantung, kehilangannya disifatkan sebagai “mati mengejut”. Saat pemergian Ashraf, sebuah lukisan yang dilukis oleh anaknya, Noah […]

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Rasa Rindu Menguasai Diri, Nine Hadiahkan Peminat Rindumu Memanggilku

Kembali mengubat hati peminat, jangan lupa dengarkan Rindumu Memanggilku!

Hiburan Mon, 17 Nov 2025

‘Insaf’ Tonton Video Urus Jenazah, Tyra Kamaruzzaman Henti Pakai Pengilat Kuku & Eyelash Extension

Tyra Kamaruzzaman berkata keputusan untuk meninggalkannya dibuat serta-merta selepas menonton video berkenaan

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Sekolah Rendah Akan Dibuka Hujung September Ini

Akan ada waktu persekolahan yang baru okay!

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Bekas Kekasih Dakwa Idris Khan Hamilkannya

Macam tak percaya yang Idris Khan hamilkan bekas kekasihnya seperti yang di dakwa oleh bekas kekasihnya. Tabah lah ye

error: Content is protected !!