Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 9, 2025 @ 3:08pm

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara apabila Malaysia dijangka meraih RM3 bilion hasil dan menerima 2.5 juta pelancong kesihatan. Angka ini melonjak selepas kejayaan Program Hospital Pelancongan Perubatan Utama (FMTH) 2025 yang terus mengangkat imej Malaysia sebagai pusat rawatan bertaraf global.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata sektor pelancongan perubatan kekal antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.

“Pada tahun 2024, kita berjaya menarik 1.6 juta pelancong kesihatan dengan nilai hampir RM2.72 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Hospital Pelancongan Perubatan Utama Malaysia 2025 di Damansara, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Selain Dr. Dzulkefly, turut hadir di acara terbabit adalah Datuk Seri Suriani Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan, Suriaghandi Suppiah, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, duta jenama Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026,

Menurut kenyataan rasmi, negara-negara Asia Tenggara masih menjadi kumpulan pelancong utama yang mendapatkan rawatan di Malaysia. Faktor jarak dekat, budaya serasi dan kos rawatan kompetitif terus mengukuhkan keyakinan mereka terhadap sistem kesihatan kita.

Dr. Dzulkefly yang juga pengerusi Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) menambah, prestasi kukuh ini menjadi pemangkin menjelang Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia (MYMT) 2026. Standard rawatan bertaraf dunia dan pengalaman pesakit yang semakin dipertingkat turut membantu mengukuhkan momentum itu.

Island Hospital Dominasi FMTH 2025

Antara detik paling menonjol pada acara anugerah yang berlangsung ialah kejayaan Island Hospital, Pulau Pinang yang bukan sahaja menggondol anugerah utama Kecemerlangan Pertumbuhan Hasil Pelancongan Kesihatan, malah turut meraih kemenangan dalam kategori Inovasi Digital Dalam Penyampaian Perkhidmatan Pesakit. Prestasi cemerlang itu menjadikan hospital berkenaan antara penerima perhatian utama sepanjang acara berlangsung.

Acara penghargaan tersebut turut menyaksikan beberapa institusi perubatan lain diiktiraf atas pencapaian masing-masing. Institut Jantung Negara (IJN) membawa pulang dua pengiktirafan iaitu Kecemerlangan Perubatan dan Kecemerlangan Teknologi Perubatan, menunjukkan kekuatan mereka dalam rawatan kardiovaskular bertaraf tinggi. Mahkota Medical Centre, Melaka pula diberi penghormatan sebagai Peneraju Kerjasama Strategik Industri, manakala Subang Jaya Medical Centre menerima anugerah Kecemerlangan Keunggulan Jenama, mengukuhkan reputasinya sebagai hospital premium pilihan ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), Suriaghandi Suppiah menjelaskan pemenang dipilih melalui proses penilaian ketat oleh badan antarabangsa termasuk JCI dan APAC-IQVIA.

“Kriteria penilaian merangkumi hasil rawatan, pengalaman pesakit dan prestasi operasi. Malaysia kini semakin dikenali dalam bidang seperti rawatan jantung kanak-kanak, IVF, onkologi, kardiologi, gastroenterologi serta prosedur canggih seperti robotik,” katanya.

Wakil Island Hospital, Lim, turut berkongsi penghargaan dan menegaskan hospital itu akan terus mengangkat nama Malaysia di pentas global.

FMTH Ubah Lanskap Pelancongan Kesihatan Malaysia

Menurut kenyataan itu lagi, FMTH ialah program transformasi nasional dari 2021 hingga 2025 yang dirangka khusus untuk mengukuhkan daya saing Malaysia dalam industri perubatan dunia.

“Sejak akhir 2022, empat hospital finalis menjalani audit teknologi dan servis klinikal setiap enam bulan selain menerima bimbingan strategik dan kerjasama pemasaran dengan agensi kerajaan.

“Hospital yang terpilih sebagai pemenang FMTH akan menjadi duta kesihatan negara di peringkat tempatan dan global, sekali gus mengukuhkan jenama Malaysia sebagai destinasi rawatan premium,” menurut kenyataan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Apr 2020
LIFESTYLE Sun, 19 Jan 2020

6 Fakta Penting Perlu Tahu Sebelum ‘Hiking’

Kenapa Minyak Masak Tiba-Tiba Beku? Antara 6 Fakta Penting Perlu Kita Tahu Sebelum ‘Hiking’

LIFESTYLE Sat, 29 Jun 2019

Bahaya Simpan Makanan Dimasak Dalam Peti Sejuk Lebih Dari Empat Hari

jangan kerana sayang nak membazir kesihatan sendiri diabaikan

Events Wed, 31 Jul 2019

‘Jalan-Jalan Makan Angin’ Brings Hokkaido to Malaysia’s Screens

A tri-party co-production between Hokkaido Cultural Broadcasting Corporation Ltd (UHB), Primeworks Studios and Kantana Japan brings Malaysian audience a 4-episodes series of ‘Jalan-Jalan Makan Angin’ (JJMA) in Hokkaido! JJMA is a travelogue programme where the […]

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Dah Lama Berkahwin Tapi Masih Belum Ada Anak? Cuba 4 Teknik Rawatan Kehamilan Ini

Dengan adanya kemajuan teknologi dalam bidang perubatan, ternyata ia telah menyediakan pelbagai alternatif rawatan kesuburan yang boleh membantu proses kehamilan.

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

error: Content is protected !!