Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 28, 2025 @ 8:00pm

JAFF Market 2025 Kembali Dengan Skala Lebih Besar, Terus Angkat Karya Penggiat Filem Asia Ke Peringkat Dunia

JAFF Market 2025 kembali dengan penganjuran yang lebih meluas dan tersusun, bersedia berlangsung selama tiga hari hujung minggu ini di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta, dari 29 November hingga 1 Disember.

Acara industri ini menjadi platform signifikan yang menghubungkan karya pembikin filem Asia, termasuk Malaysia, dengan rangkaian pembeli, pelabur dan rakan industri global.

Dengan sokongan Amar Bank, JAFF Market berfungsi sebagai pintu masuk utama ke dalam ekosistem filem Indonesia serta pemangkin kepada kolaborasi kreatif dan pembangunan harta intelek yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penglibatan Media Prima sebagai rakan promosi pada tahun ini turut mengukuhkan kehadiran Malaysia dalam industri serantau dan membuka lebih banyak laluan pemasaran untuk kandungan tempatan.

Sebagai pusat pertemuan profesional industri, JAFF Market mengumpulkan studio, penerbit, pengedar, platform penstriman, pelabur dan pembeli kandungan dari seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Penyertaan ini memberi peluang luas kepada pemain Malaysia untuk memperkenalkan IP baharu, meneroka potensi produksi bersama serta melebarkan capaian kandungan ke negara luar.

JAFF Market juga menekankan pembangunan IP merentas pelbagai medium seperti adaptasi buku, permainan video dan muzik ke skrin. Pendekatan ini memberi kelebihan kepada syarikat Malaysia yang memiliki katalog kandungan sedia ada, selain membuka ruang kerjasama dengan rakan penerbitan dan pengedaran antarabangsa.

Pembukaan JAFF Market 2025 akan diserikan dengan sesi “THE NUSANTARA WAVE: The Rise of Indonesia–Malaysia Collaborations” yang menampilkan Komet Productions, Skop Productions, Magma Entertainment dan Red Communications. Penyertaan empat syarikat ini menandakan perkembangan hubungan kreatif dua negara dan mengukuhkan potensi kandungan Malaysia untuk memasuki pasaran Asia serta global.

Pada penganjuran 2024, JAFF Market menerima lebih 6,700 pengunjung dari 19 negara, merangkumi 1,054 profesional berakreditasi, 151 reruai pameran serta 63 perjanjian perniagaan bernilai sekitar IDR 36 bilion. Penganjur menjangkakan angka lebih tinggi untuk tahun 2025 selaras dengan permintaan dunia terhadap kandungan Asia yang semakin meningkat.

Sebagai cabang industri kepada Jogja-NETPAC Asian Film Festival (JAFF) yang meraikan ulang tahun ke-20, JAFF Market meneruskan enam komponen utama bagi memperkukuh pembangunan industri. Program yang disediakan merangkumi JAFF Future Project yang memberi ruang pembangunan projek serta bimbingan kreatif, JAFF Content Market yang berfungsi sebagai platform pameran harta intelek dan peluang kerjasama, serta Talent Day yang menyediakan latihan dan jaringan industri untuk bakat baharu.

Turut menjadi tumpuan ialah Film & Market Conference yang menampilkan perbincangan dasar dan wacana industri, Market Screening dengan lebih 150 tayangan eksklusif untuk pembeli dan pengedar, dan Film Lab yang menawarkan program peningkatan kapasiti bagi mengukuhkan projek dari aspek kreatif dan teknikal.

Kejayaan peserta JAFF Market 2024 terus mengesahkan kekuatan platform ini dalam membantu penggiat seni menembusi pasaran antarabangsa. Antara pencapaian besar termasuk pemilihan filem Pangku arahan Reza Rahadian ke program HAF Goes to Cannes di Marché du Film 2025, selain tiga IP iaitu Bandits of Batavia, Jitu dan Locust yang berjaya ke forum pitching di Cannes.

Dengan pertumbuhan pesat kandungan Asia, JAFF Market 2025 muncul sebagai saluran penting yang membantu pembikin filem Malaysia dan Asia mengembangkan karya melalui kerjasama jangka panjang, peluang pelaburan global dan akses rangkaian industri yang lebih meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai JAFF Market 2025, sila layari laman rasmi JAFF di https://jaff-market.com/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 May 2026

Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Fizi Ali Dalam ‘Hot Vibe Club’

Hot FM memperkenalkan Haniff Hamzah sebagai wajah baharu stesen itu.

Trending Wed, 7 Feb 2018

全球最辣核爆级冰淇淋 吃一口前要先签「免责任声明」

一家位于英国苏格兰格拉斯哥的咖啡厅Aldwych Cafe日前推出了一款世界上最危险的「辣冰淇淋」,这款冰淇淋的辣度高达156.93万史高维尔(辣度单位),比《金氏世界纪录》认证,世界第一辣的印度魔鬼辣椒的辣度还要高,因而店家要求顾客必须年满18岁,并在购买前须先签下「法律免责切结书」。

Featured Thu, 2 Mar 2023

[VIDEO] “Saya Tak Peduli Siapa Yang Saya Hilang Asalkan…” – Kapsyen Bella Astilah Curi Perhatian

Kenapa Bella makin kurus ni? Min harap Bella baik baik saja 💕❤️

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Saharul Ridzwan Jadi Rapper Pula?

Wow, tak sabar kami nak dengar single terbaru Saharul ni nanti. Sure gempak kan. Yang penting…Saharul tak guna autotune okay!

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Tue, 30 Jan 2024
error: Content is protected !!