Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari July 4, 2023 @ 8:56pm

“Jaga & Didiklah Keluarga Sendiri Sebelum Nilai Keluarga Orang Lain” – Mak Shuib

Baru-baru ini, ibu kepada pelawak dan usahawan Shuib, Salamiah Jalani memuat naik hantaran berbentuk nasihat terhadap warganet yang mengkritik rumah tangga anaknya itu.

Menerusi hantaran itu, Salamiah menyatakan mana-mana individu yang tidak suka akan keluarganya tidak perlu untuk meninggalkan komen-komen yang berbentuk negatif.

“Yang mana tak suka saya benci dengan family saya sila ignore je scroll laju-laju ok. Saya tak perlukan komen-komen sampah dari orang-orang yang busuk hati.

“Yang ada sifat PHD lagi pun saya bukan artis saya tak perlukan orang like orang follow saya semata-mata nak cipta fitnah,” ujarnya.

Susulan itu, Salamiah menasihati warganet untuk mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain.

Malah, sempat mengingatkan orang ramai untuk mendidik dan menjaga keluarga sendiri sebelum menilai keluarga orang lain.

“Ingat apa yang kita lakukan kifarah akan sampai pada kita juga lambat atau cepat. Jadi hidup kena saling mendoakan yang baik-baik antara satu sama lain.

“Ingatlah satu perkara kita ni hidup ada ibu ayah ada anak-anak jaga dan didiklah ahli keluarga kita sendiri… sebelum menilai kehidupan keluarga orang lain.

“Ampun dan maaf dari saya jika ada yang terkesan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 17 Apr 2026

Gayong 2 Terus Raih Pujian, Penonton Puas Hati Dengan Aksi & Emosi

Filem Gayong 2 terus mencuri perhatian apabila menerima pelbagai maklum balas positif daripada penonton sejak hari pertama tayangan.

Events Tue, 26 Nov 2019

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Banyak sangat masalah tapi tengoklah result dia kan? Tahniah kepada semua!

Trending Sun, 25 Mar 2018

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul. Ha, dengar tu. Siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu ya…

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Meski Belum Lahir…Baim Wong Sudah Bayangkan Pekerjaan Anak

Pelakon Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven terbang ke Sepanyol untuk menikmati percutian ‘babymoon’. Sementara itu, pasangan ini berkesempatan menonton perlawanan bola sepak antara Valencia FC menentang Real Sociedad untuk Kejuaraan Liga Sepanyol 2019. Difahamkan […]

Featured Fri, 15 Apr 2022

Tampil Berani Lancar Single Raya, The Gadys Lepas Geram 2 Tahun Tak Balik Kampung

Wah, tahniah The Gadys! New girl group in town 🤩

Hiburan Fri, 8 Nov 2024
Hiburan Sun, 23 Jun 2019
error: Content is protected !!