Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 26, 2018 @ 11:55am

Jangan Marah kalau Isteri Buat Silap, Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman

Menjadi seorang wanita yang bertanggungjawab bukanlah satu perkara yang mudah meskipun nampak seperti mereka bijak mengurus masa bersama keluarga dan kerja.

Oleh itu, para lelaki terutamanya sang suami, jikalau isteri anda melakukan kesilapan, janganlah terus dimarah hingga boleh membuatkan mereka berkecil hati.

Ikuti pengalaman dan penjelasan saudara Mohd Fhais mengenai kenapa kita tidak seharusnya memarahi isteri sekiranya mereka melakukan kesilapan

Jadi wanita tak semudah yang kita fikir. Mentang-mentang memori wanita ni besar kita ingat dia boleh ingat semua perkara. Cemerkap mereka bukan sengaja di buat tau, ia tak sengaja dan tak boleh di bendung.

Sebelum baca perkongsian Tuan Aiman Amri, terapis psikologi, saya selalu rasa cemerkap isteri sangat menjengkelkan. Paip air lupa tutup, bag lupa zip, pintu kereta tak tutup, dan perkara remeh temeh yang lain.

Pernah juga sekali tercakap CUAI !

Menyesal pulak cakap macam tu. Bila di fikir-fikir balik kata-kata tuan aiman, sebenarnya saya lah punca isteri jadi cuai.

Dia jadi macam tu sebab saya biarkan dia fikir segala tugas di rumah seorang diri. Saya biarkan beban mengurus anak-anak daripada makan, susu, pakaian sehingga anak tidur di bahu dia seorang.

Saya buat silap sebab tak bantu meringankan beban fikiran dia !

Bila isteri minta pendapat saya abaikan, isteri tanya saya jawab asal boleh,

“Abg hari ni nak makan apa?”, Saya mesti jawab ikut syglah nak makan apa.

“Abg, nanti sekolah rania ada buat jamuan makan, kita nak bagi sumbangan apa?”, Saya jawab senang je, syg bagi je apa-apa.

Akibat dari jawapan acuh tak acuh ini, 200 juta sel corpus callosum iaitu tisu yang menyambungkan otak kiri dan kanan isteri menjadi semakin ligat bergerak laju dari kiri ke kanan.

Selagi tak makan selagi itu otak dia ligat berfikir. Nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.

Cuba sebut laju-laju guna mulut, macam tu lah yang berlaku di otak mereka, tapi 10 kali ganda lebih laju. Mesti memenatkan !

Bila dah penat faham-faham je lah. Mudah terlupa, mudah buat silap. Tak produktif dan sangat perlukan rehat.

Sebab itu kalau kita perasan, isteri kat rumah kalau nak berehat mereka mesti tidur. Sedangkan kita orang lelaki tengok tv pun dah cukup memadai untuk berehat. Isteri kita tak boleh, selagi minda tak ditidurkan selagi itu mereka tak berehat.

Uish.. memang penat kalau dapat otak macam wanita ni.

Tuan tuan, Lepas ni kalau nampak isteri kelam kabut atau cemerkap tu jangan terus marah atau merungut, bawa bertenang.

Kita memang nampak silap mereka tu macam remeh sangat tapi sebenarnya dalam fikiran mereka ada berpuluh perkara serius yang mereka fikir serentak.

Anak 2 hari tak berak, tidur malam meragam, perut kembung. Itu semua isteri yang fikir.

Percayalah setiap kali kita balik rumah tengok keadaan semua terkawal dan tenang itu ada 1001 cerita yang kita tak tahu.

Jadi kalau nak hidup kekal tenang dan tenteram kurangkan komplen hal-hal remeh ni. Bantu lagi bagus.

Daripada ringan mulut baik ringan tulang tolong isteri tu.

Sumber: Mohd Fhais

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 13 Dec 2019

目前的压力指数有多高?

人活着就有压力存在,只是看我们如何调适与解决而已!

LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tabiat Tutup Hidung Dan Mulut Ketika Bersin Ada Risiko?

Berisiko Bahayakan Kesihatan Dalaman Jika Amalkan Tabiat Ini.

Fab Foodies! Thu, 18 Apr 2019

Celebrate Mother’s Day with Mummy Dearest at Toh Yuen’s Dim Sum Brunch Special

Mother’s Day is fast approaching so don’t forget to make necessary arrangements.

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Nelissa Nezam langgar pantang?

Tapi kalau macam ni punya ‘hot’ lah, terus berkobar-kobar rasa nak ke gim. 

LIFESTYLE Fri, 23 Nov 2018

Petua Tradisional Hindar Bau Badan

Muka handsome tapi sayang bila angkat tangan bau badan semerbak 2 blok

LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019

如果不想活得太累!请放弃以下的五件事

生命中的许多时候,我们被一些事情束缚,让自己变成另一个人,活得非常疲累。想要过自由自在的生活,我们每个人都应该学会放手。

Fab Foodies! Tue, 1 Oct 2019

Minum Kopi Buat Ibu Mengandung Boleh Risiko Keguguran?

Sedikit perkongsian ya boleh dinikmati tetapi berpada-pada ye

LIFESTYLE Mon, 5 Mar 2018

Kuku Dan Bahan Tradisional , Apa Rahsianya?

Bahan tradisional pun rupanya boleh bantu mencantikan kuku .. Tapi apa bahan dan caranya

Fab Foodies! Fri, 5 Apr 2019

Enjoy These 7 Delicious Homemade Chai Tea Recipes from Dilmah Tea!

Let’s enjoy the weekend with a good cup of chai!

Events Tue, 24 Apr 2018

‘Nervous’ Pertama Kali Keluar Mengundi? Baca ini…

Tak ke rugi tu? Bukan main awal korang bangun, beratur, bila sampai je kertas undi ikat tangan korang, dipangkahnya semua nama calon. Ha ha ha… jangan begini ya kawan! Pangkah undi dengan berhemah.

error: Content is protected !!