Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Khairil Khusyairi August 8, 2023 @ 6:58pm

“Jangan Teraniaya Dengan Pelaburan Emas, Guna Saluran Tepat” – Yusof Azmi

Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas.

Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi berkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.

Dia berkata, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata.

“Kita mahu dengan kerjasama ini dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu.

“Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.

“QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka ini tanpa was-was,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas.

Katanya, dalam tahun lalu lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan.

Antara kesnya ialah membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta.

“Sebab itu saya kata, apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas.

“QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,” katanya.

Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Tambahnya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).

“Kerjasama ini bagi sama-sama memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya.

“Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya.

Pihak QM juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scammer.

Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.

Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022
Gaya Hidup Thu, 15 Nov 2018

Ini Cara Nak Elak Dapur Gas Kaca Daripada Meletup

Dapur gas kaca yang meletup boleh cederakan anda!

Gaya Hidup Fri, 2 Nov 2018

Jangan Cuba-Cuba ‘Chup’ Parking Kalau Tak Mahu Meringkuk Enam Bulan Dalam Penjara

Penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Gunakan Dapur Gas Biasa Pun Boleh Untuk Buat Kuih Gebu Dan Rangup, Ini Caranya

Hasilkan biskut raya hanya dengan bakar atas dapur gas sahaja!

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Gaya Hidup Tue, 21 Aug 2018

Malunya Kalau Kasut Kita Berbau Hapak! Ikuti 7 Tip Ini Untuk Hapuskan Bau Itu

Amalkannya kerana ia juga dikira sebagai kebersihan diri.

Gaya Hidup Fri, 20 Dec 2019

Sanna Marin, Perdana Menteri Termuda Dunia

Cantik Perdana Menteri Finland ini!

error: Content is protected !!