Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 30, 2018 @ 2:47am

Jangan Ungkit Kisah Lama, Hanez Dah Lupa

Biarpun kisah percintaan mereka dah berlalu sejak lapan tahun lalu, namun hal ini kembali disebut baru-baru ini.

Lantaran itu, pelakon Hanez Suraya terkejut namanya kembali dikaitkan dengan penyanyi Awi Rafael yang merupakan bekas kekasihnya suatu masa dulu!

“ Saya terkejut apabila nama saya kembali disebut baru-baru ini. Suami memaklumkan yang dia ada terbaca kenyataan itu, rasanya tak perlu diungkit semula. Tambahan, saya sendiri sudah lupa kisah lama,” katanya yang rasa kurang selesa dengan isu ini.

Kredit Gambar: Instagram Hanez Suraya

Dalam masa sama, Hanez meminta agar penyanyi kelahiran Singapura itu tidak membangkitkan kisah lalu, tambahan pula masing-masing sudah bertahun-tahun meneruskan kehidupan sendiri.

“Apabila dibangkitkan semula, sudah tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang.

“ Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya.

” Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia. Cuma dalam kes ini saya harap jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka,” katanya.

Memetik kenyataan Hanez kepada BH Online, penyanyi kelahiran Singapura itu ada mengeluarkan kenyataan, dia mengenali tunangnya, pelakon, Atikah Suhaime, sejak lapan tahun lalu ketika masih bercinta dengan Hanez.

Kata Awi, 32, pada awalnya perkenalan dengan Atikah adalah sekadar teman seperjuangan dalam seni. Kedua-duanya cuma mula rapat sejak lima bulan lalu. Pasangan selebriti itu  bertunang pada 17 Mac lalu di Singapura.

Hanez berkahwin dengan Romie Razin Adilha Abd Rais pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan Puteri Aleesya, 2.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Chef Adu Pamer Aksi Mengghairahkan?

Gambar Chef Adu ini sekaligus mengundang pelbagai komen dari followers beliau yang rata-rata kagum dengan gambar yang dimuat naik oleh chef kesayangan mereka ini

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Zul Ariffin Kepit Pinggang Farah. Apa Tandanya?

Walau pun keduanya tidak mengiya atau menafikannya namun daripada gambar yang dimuat naik sudah tentu ada bibit-bibit cinta yang sedang mekar.

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Idayu Keluar Single Terbaru

Goodluck Idayu!

Featured Mon, 18 Oct 2021

Cikgu Sekolah  Memandu Tunjuk Alat Sulit Kini Diburu Polis

Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang melakukan gangguan seksual kepada pelajarnya kini diburu pihak polis. Difahamkan, suspek bertindak membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah […]

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023
error: Content is protected !!