Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Enal December 6, 2019 @ 11:12am

Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-Bila Masa Walaupun Sedang Bersukan

Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan.

Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula.

Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di lokasi dapat “menghidupkan ” Muamba kembali.

Selepas insiden itu, meskipun kesihatannya telah pulih dan beliau dapat menjalani hidup secara normal, Muamba terpaksa bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

Kini, Muamba menjadi jurulatih kelab bola sepak belia, berumah tangga dan mempunyai dua anak lelaki. Beliau juga menyertai program tarian di televisyen British.

KEMATIAN MENGEJUT DI PADANG

Hakikatnya, insiden yang menimpa Muamba adalah kejadian jantung terhenti (cardiac arrest) iaitu keadaan apabila terhentinya fungsi jantung tanpa denyutan dan tekanan darah berlaku.

Ia ekoran detak ritma kardium (jantung) yang abnormal dan keadaan sedemikian boleh menjurus kepada kematian.

Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Datuk Dr Yap Yee Guan berkata orang ramai sering menyamakan kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba sebagai serangan jantung, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza.

Beliau menjelaskan, serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung secara tiba-tiba berkurangan disebabkan oleh arteri koronari yang dihentikan daripada plak pecah.

Sementara itu, kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba disebabkan berlakunya pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu (ketidaktekalan) jantung.

“Kejadian jantung berhenti secara mendadak boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada atlet ataupun bukan atlet. Jika atlet muda, ia lazimnya disebabkan oleh faktor genetik.

“Kebanyakan kes kematian secara tiba-tiba akibat jantung dalam kalangan atlet muda disebabkan oleh aritmia ventrikular (jantung berdegup secara tidak normal) biasanya dikekalkan dari takikardia ventrikel (jantung berdegup dengan cepat) atau fibrilasi ventrikel (rentak jantung yang tidak normal, cepat dan tidak sekata),” jelasnya.

Menurut hasil penyelidikan di Amerika Syarikat, 80 peratus kes kematian mengejut yang melibatkan atlet berumur 35 tahun dan ke atas, adalah disebabkan oleh penyakit arteri koronari, manakala atlet muda yang meninggal akibat jantung berhenti secara tiba-tiba dikesan mewarisi penyakit jantung .

PENEBALAN DINDING JANTUNG

Kardiomiopati hipertrofi – penebalan dinding jantung yang menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.

Dr Yap berkata kebanyakan atlet muda yang meninggal dunia akibat jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba mempunyai genetik kardiomiopati hipertrofi (HCM), iaitu penyakit dinding berotot pada jantung atau miokardium menjadi tebal. Penebalan dinding jantung akan menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.

“Otot jantung yang menebal akan membuatkan jantung sukar mengepam darah. Justeru jantung akan bekerja lebih kuat. Individu yang mempunyai masalah jantung seperti ini dilarang bersukan. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mati secara spontan akibat jantung berhenti secara tiba-tiba, ” katanya.ung

Individu yang menghidap HCM dan melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan tubuh mereka menjadi nyahidrat, kehilangan banyak garam dan mengalami ketakimbangan elektrolit.

Mereka juga mempunyai tahap adrenalin yang lebih tinggi ekoran daripada tindak balas badan untuk bersenam, serta ketidakseimbangan asid atau asidotik (peningkatan keasidan dalam darah dan tisu badan yang lain).

“Jantung boleh menjadi asidotik (keadaan asid darah yang kurang dari pH 7.35) iaitu seperti ketika mengalami kekejangan di kaki selepas bersenam dan jantung tidak boleh berhenti dalam keadaan normal. Bagi individu yang mengalami keadaan jantung tidak normal, kematian boleh berlaku sekiranya terdapat ketidakseimbangan berasaskan asid walaupun hanya sedikit, ” katanya.

Pakar Perunding Pusat Perubatan Sunway, Dr Ooh Ping Yee berkongsi beberapa langkah bagaimana untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit yang diserang jatung terhenti secara tiba-tiba.

Beliau berkata usaha menyelamat termasuk: 1) segera bantu mengaktifkan sistem kecemasan perubatan 2) memberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh responder pertama dalam masa kurang daripada dua minit, 3) defibrilasi awal (dalam dua hingga empat minit) defibrillator luaran (AED), 4) bantuan awal sokongan hidup lanjutan (kurang daripada lapan minit) dan 5) sokongan hayat lanjutan.

“Empat langkah pertama mesti dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan mangsa.

“CPR dan penggunaan AED harus diteruskan sehingga pesakit sedar atau dapat menerima rawatan daripada pakar perubatan, ” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 12 Feb 2018

Cara Guna Buaian Dengan Betul Untuk Perkembangan Bayi

Sejak zaman dahulu lagi, buaian bayi menggunakan kain fabrik kapas, batik yang selesa diletakkan pada spring digantungkan di alang siling atau susur tangga. Buaian zaman moden telah datang dengan rangka yang boleh dilipat dan mudah […]

LIFESTYLE Mon, 8 Jan 2018

Wanita Kongsi Petua Elak Batuk Selepas Makan Buah Rambutan

Petua ni memang mujarab, tak pulak kena batuk walau berisi isi rambutan masok perot. Jom kite cuba nak

LIFESTYLE Wed, 13 Feb 2019

Here’s a Full Itinerary for a Wonderful Weekend in Johor Bahru

There are so many fun things to do in JB but people just don’t know it….yet.

Acara Fri, 29 Sep 2023

Meriahnya! Lebih 20 Makanan Viral… Jom Ke Top Viral Food Festival Di Sunway Putra Mall

Wow! Menariknya..Jom ke Top Viral Food Festival di Sunway Putra Mall hujung minggu ni

Events Wed, 11 Jul 2018

Anda Peminat K-Pop? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Dapatkan Barangan Eksklusif Daripada Wanna One Hanya Di Cj Wow Shop

Buat pelanggan mahupun peminat Wanna One yang membeli barangan eksklusif ini, anda juga layak menerima hadiah misteri daripada kumpulan popular mereka.

LIFESTYLE Thu, 22 Nov 2018

Jangan Main-Main, Kenali Simptom Denggi Lebih Awal!

Lebih baik mencegah dari merawat dimana secara tidak langsung dapat memberi kita membuat keputusan dengan pantas dengan terus ke hospital untuk mengambil rawatan

Events Fri, 12 Jul 2019

‘Happy Birthday’-Kejutan Agong Buat Tun M, Isteri Di Istana Negara

Selamat Hari Jadi, Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah. Semoga terus sihat, Amin!

LIFESTYLE Tue, 5 Jun 2018

Lebih Ramai Pasangan Bercerai Disebabkan Alasan Tak Masuk Akal!

Hanya kerana si isteri tertinggal barang yang dibeli di pasar berlaku pertengkaran ketika dalam perjalanan pulang dengan menaiki motosikal sehingga suami melafazkan talak kepada isterinya.

LIFESTYLE Fri, 27 Dec 2019

Tidur Lepas Jam 11 Malam Boleh Buat Anda Nampak Lebih Tua

Kebanyakan orang memerlukan waktu tidur yang cukup iaitu selama tujuh jam manakala kanak-kanak lebih dari waktu itu. Namun kini, dengan kesibukan kerja serta komitmen terhadap perkara lain membuatkan seseorang itu sibuk dan membuatkan waktu tidurnya […]

LIFESTYLE Sun, 22 Dec 2019

虚拟实境全新体验!云顶世界Sky VR最新颖游乐设施

虚拟实境之所以令人着迷,其原因在于它能让体验者仿佛瞬间置身于一个超现实的全新世界。

error: Content is protected !!